Perbincangan kerjasama projek penyelidikan di antara Tre-Altamira dan LESTARI UKM.

Satu sesi perbincangan di antara Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI UKM) dan Tri-Altamira, Kanada yang diwakili oleh Mr. Alastair Belson, Pengurus SE Asia Area, telah diadakan pada 9 Mac 2023 (3pm) bertempat di LESTARI UKM. Tujuan perbincangan ini adalah untuk meninjau, memahami dan meneroka sejauh mana potensi peluang kerjasama boleh dijalankan di antara kedua-dua pihak. Cadangan projek penyelidikan yang akan dilakukan adalah berkaitan pemantauan kawasan tanah runtuh sekitar Lembah Klang, Malaysia. Turut serta dalam perbincangan adalah Prof. Dr. Ruslan Rainis dan Gs. Dr. Nuriah Abd Majid.