Perbincangan penganjuran Kursus GIS-SIA (PLANMalaysia – MSIA – KASES LESTARI UKM)

Pada 14 April 2025, Pusat KASES telah mengadakan satu perbincangan penganjuran kursus bertajuk Integrating GIS Applications for Enhanced Social Impact Assessment in Malaysia. Perbincangan ini diadakan di Bilik Mesyuarat Utama LESTARI UKM dan dihadiri oleh tiga pihak iaitu Pusat Penyelidikan Kelestarian Alam Sekitar, Ekonomi dan Sosial (KASES) selaku penganjur PLANMalaysia dan Malaysia Association of Social Impact Assessment (MSIA). Pusat KASES diwakili oleh Dr. Rospidah Ghazali (Ketua Pusat merangkap pengerusi mesyuarat), Prof. Ruslan Rainis (Profesor Kehormat LESTARI), Puan Rd Puteri Khairani, Puan Ku Adriani Ku Ayob, En. Muhammad Amirulamri Mohd Akhairi dan En. Norazmi Abdul Kadir. PLANMalaysia pula diwakili oleh TPr Dr. Muhammad Hakimi bin Mohd Hussain, Puan Suzlyna Abdul Latib dan En. Kamal bin Noor. Manakala MSIA diwakili oleh Puan Sri Dr. Jahara bt. Hj. Yahaya, Dr. Kuppusamy Singaravelloo dan TPr Dr. Gobi Krishna A/L Sinniah.
Perbincangan yang berlangsung selama tiga jam ini telah membincangkan perancangan dan pelaksanaan kursus ini serta kerjasama berterusan antara tiga pihak. Antara persetujuan yang dicapai merangkumi tarikh dan tempat penganjuran kursus, penceramah dan fasilitator, caj yuran penyertaan, modul, promosi dan pemasaran dan beberapa perkara lain. Pihak MSIA juga telah menjemput Profesor Ruslan Rainis untuk berkongsi ilmu di dalam Siri Ceramah anjuran mereka.
Turut dibincangkan ialah hala tuju dan aktiviti kerjasama selanjutnya. Antaranya hasrat untuk mengadakan memorandum penjanjian yang dimulakan dengan Letter of Intent dan disusuli dengan Momorandum Persefahaman (MoU) antara LESTARI UKM dengan MSIA.
Laporan disediakan oleh
Ku Adriani & Dr. Rospidah Ghazali
