Pra Kolokium Pusat KASES 2024 Beri Ruang Perkongsian Ilmiah dan Maklum Balas Akademik

Pra Kolokium Pusat Kajian Sosial, Alam Sekitar dan Kelestarian (KASES) telah berjaya dianjurkan pada 22 September 2024 (Isnin) bermula dari 9.30 pagi hingga 11.30 pagi secara atas talian. Penganjuran sesi ini bertujuan memberi peluang kepada para pelajar untuk membentangkan kemajuan pengajian masing-masing serta menerima maklum balas dan pandangan penambahbaikan daripada ahli akademik KASES. Inisiatif ini juga berfungsi sebagai platform persediaan awal sebelum pelajar membuat pembentangan rasmi dalam Kolokium Siswazah LESTARI yang dijadualkan berlangsung pada 15 hingga 16 Oktober 2025.
Pra Kolokium kali ini menampilkan empat pelajar iaitu Puan Zainebbeevi, Puan Loyola Olga Pius, Cik Liang Shuang, dan Cik Xu Wanzhen, yang masing-masing berkongsi perkembangan penyelidikan mereka. Setiap pembentang diberi masa 15 minit untuk membentangkan hasil kajian, diikuti 5 minit sesi soal jawab bersama panel akademik dan peserta.
Program ini bukan sahaja membantu pelajar menambah baik kualiti penyelidikan mereka, malah menggalakkan pertukaran idea dan ilmu antara pelajar serta penyelia dalam suasana akademik yang konstruktif.
Laporan oleh
Ku Adriani
