Sesi Perbincangan Strategik Bersama Auditor MTCS-PEFC, SIRIM QAS Dan Jabatan Standard Malaysia: Impak Skim Pensijilan Kayu Malaysia (MTCS) ke atas Pengurusan Hutan, Industri dan Perdagangan

Sesi Perbincangan Strategik bersama auditor MTCS-PEFC, SIRIM QAS dan Jabatan Standard Malaysia telah diadakan pada 28 Mac 2023 (Selasa) secara online dengan menggunakan aplikasi zoom.  Bengkel ini dihadiri oleh 11 orang dimana 4 daripadanya adalah auditor manakala 7 lagi adalah penyelidik dari LESTARI UKM.

Perbincangan ini adalah salah satu aktiviti penting untuk Fasa 3 dan terakhir kajian bertajuk The Impact of Malaysian Timber Certification Scheme (MTCS) on Forest Management, Industry and Trade. Kajian ini merupakan projek yang diberikan dana oleh pihak Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB).

Tujuan Sesi Perbincangan Strategik ini adalah untuk mendapatkan maklumbalas daripada pihak Auditor pensijilan hutan dan pensijilan CoC, pegawai SIRIM QAS dan pegawai Jabatan Standard Malaysia dan pandangan mereka berkenaan proses pelaksanaan dan impak bagi memastikan kelestarian pelaksanaan Skim Pensijilan Kayu Malaysia (Malaysian Timber Certification Scheme) yang telah dilaksanakan sepanjang 20 tahun sehingga kini. Hasil perbincangan juga dapat membantu menyediakan pelan strategik untuk melestarikan pelaksanaan Skim Pensijilan Kayu Malaysia (Malaysian Timber Certification Scheme).

Disediakan oleh

Ku Adriani binti Ku Ayob