Tahniah Gs. Dr. Nuriah Abd Majid diatas kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Madya Gred I4

Warga KASES dengan penuh rasa bangga dan sukacita merakamkan setinggi-tinggi tahniah serta syabas kepada Gs. Dr. Nuriah Abd Majid atas kejayaan cemerlang dinaikkan pangkat ke jawatan Profesor Madya Gred I4 dalam bidang kepakaran Geospatial Kelestarian, di bawah Jalur Kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi, berkuat kuasa pada 30 Oktober 2025.
Kejayaan ini merupakan pengiktirafan yang amat bermakna terhadap komitmen, kepakaran dan sumbangan berimpak tinggi beliau dalam memperkasa agenda kelestarian melalui penyelidikan dan inovasi. Semoga dengan kenaikan ini, Prof. Madya Gs. Dr. Nuriah Abd. Majid dapat memberikan perkhidmatan terbaik secara berterusan demi kecemerlangan KASES, LESTARI dan UKM. Syabas dan tahniah diucapkan sekali lagi.
