Tahniah Prof. Dr. Ahmad Fariz Mohamed & Encik Bisharuzi Omar diatas penerimaan projek perundingan baru.


Warga KASES ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Prof. Dr. Ahmad Fariz Mohamed kerana berjaya memperolehi projek perundingan bernilai RM480,000.00 dari Jabatan Perhutanan Negeri Pahang bagi Kajian Perancangan Pengurusan Hutan (RPH) Negeri Pahang 2026 – 2035.
Tahniah juga diucapkan kepada Encik Bisharuzi Omar kerana memperolehi projek perundingan bernilai RM5,400.00 dari Pertubuhan Motivator Fasilitator Malaysia (MoFAST) bagi Projek Perintis Solar Mampan (PrisMA).
Semoga Prof. Dr. Ahmad Fariz Mohamed dan Encik Bisharuzi Omar dapat memberikan perkhidmatan terbaik demi kecemerlangan UKM dan Negara. Syabas diucapkan sekali lagi.