Terima Kasih Dr. Rospidah Ghazali diatas sumbangan sebagai Ketua KASES 2022-2025

Warga Pusat Penyelidikan Kelestarian Alam Sekitar, Ekonomi dan Sosial (KASES) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dr. Rospidah Ghazali atas khidmat bakti dan kepimpinan beliau sebagai Ketua KASES bagi tempoh 1 November 2022 hingga 31 Oktober 2025.


Jasa, komitmen dan dedikasi Dr. Rospidah dalam memimpin serta memacu kecemerlangan KASES amat dihargai dan akan terus dikenang. Semoga segala sumbangan beliau menjadi inspirasi kepada warga KASES untuk terus melakar kejayaan pada masa hadapan.