Syabas dan Tahniah Prof. Dr. Ahmad Fariz Mohamed diatas pelantikan sebagai Ketua KASES 2025-2028

Warga Pusat Penyelidikan Kelestarian Alam Sekitar, Ekonomi dan Sosial (KASES), LESTARI UKM merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Prof. Dr. Ahmad Fariz Mohamed atas pelantikan beliau sebagai Ketua KASES bagi tempoh 1 November 2025 hingga 31 Oktober 2028.
Semoga di bawah kepimpinan Prof. Dr. Ahmad Fariz, KASES akan terus mencapai kecemerlangan dalam bidang penyelidikan, penerbitan, dan pembangunan ilmu berkaitan sains serta alam sekitar sekaligus membawa KASES ke tahap yang lebih gemilang!