Mesyuarat yang berlangsung di Bilik Mesyuarat KBH ini melibatkan penyertaan Pengetua KBH, Prof. Madya ChM. Dr. Nur Hasyareeda Hassan, wakil pengurusan kolej, Majlis Eksekutif Pelajar (MEP), dan pegawai Yayasan Canselor.
Antara fokus utama ialah cadangan Projek Wakaf Permadani Surau Al-Ikhlas KBH, yang bertujuan menambah baik kemudahan surau demi menyokong kesejahteraan spiritual warga kolej.
Penubuhan tabung ini diharap dapat menggalakkan penyertaan aktif alumni dalam menyumbang kepada pembangunan berterusan KBH, sama ada dari segi kewangan, tenaga mahupun sokongan moral.