Penglibatan Sukarelawan TVK dalam Bulan Sukan Negara

Penglibatan Sukarelawan TVK dalam Bulan Sukan Negara

Pada 13 Oktober 2019, kelab Team Volunteer KBH telah menghantar wakil seramai 28 mahasiswa KBH untuk menjadi sukarelawan kepada program-program bersempena Bulan Sukan Negara, iaitu 11 pelajar untuk program peringkat daerah Sepang di D’Pulze Cyberjaya dan 17 pelajar untuk program peringkat Hulu Langat di Padang MPAJ Pandan Indah. Para pelajar didedahkan dengan membantu urusetia program dari segi teknikal dan pengurusan seperti menjaga checkpoint dan menguruskan pendaftaran. Lebih menarik lagi apabila sukarelawan di program Hulu Langat dapat bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri iaitu Dato’ Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail.