SUKEM 2019: Penyerahan Bendera KBH

Bahang SUKEM 2019/2020 semakin terasa. Ayuh D'Gators semua!

Pada 15 November 2019 telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Bendera Kolej di Foyer KBH bersempena dengan acara kesukanan SUKEM 2019/2020 yang berlangsung bermula 16 November hingga 3 Disember 2019. Para-para atlet KBH berikrar menghadap felo Helmy pada malam itu untuk memastikan mereka bertanding dan berusaha di SUKEM. Selain itu, pihak Majlis Eksekutif Pelajar telah menyerahkan bendera Kolej kepada felo Helmy untuk menaikkan semangat dan sokongan para-para atlet KBH semasa SUKEM.