Kelab KBH
Kelab-kelab yang terdapat di Kolej Burhanuddin Helmi yang boleh disertai oleh para pelajar:

Teater Kamsis D ( TEKAD )
Platform untuk pelajar KBH berkarya dan mengasah bakat teater.
Mencungkil bakat lakonan, pengarahan, dan penulisan skrip.
Mengaktifkan komuniti seni yang kreatif dan kompetitif.
Mengharumkan kolej menerusi pementasan dan bengkel teater.
Menjadi medium untuk membina keyakinan diri, komunikasi, dan kerja berpasukan.

D'Moded KBH
Kelab Muzik Moden Kamsis ‘D’. Kolej Burhanuddin Helmi (KBH)
- Bertujuan mencungkil dan mengasah bakat pelajar dalam pelbagai aspek muzik seperti nyanyian, permainan alat muzik, penggubahan lagu serta pengurusan teknikal berkaitan produksi muzik.
- Di peringkat institusi, kelab ini mewakili KBH dalam pertandingan-pertandingan muzik anjuran UKM seperti Karnival Konvokesyen, Inter College Arts Festival (ICAF) dan UO Fest.

BSMM Det88D
Bulan Sabit Merah Malaysia DET88D
• Merupakan kelab bulan sabit merah rasmi kolej Burhanuddin Helmi untuk menjadi platform mahasiswa/i menceburi bidang rawatan dan kesukarelawanan
• Kelab ini ditubuhkan untuk menggalakkan mahasiswa/i dalam bidang rawatan.
• Kelab ini membawa misi untuk meningkatkan ilmu rawatan dan memberikan rawatan khusunya kepada mahasiswa/i Kolej Burhanuddin Helmi

SUKRES KBH
Kelab Sukan dan Rekreasi (SUKRES) Kolej Burhanuddin Helmi
Bidang : Sukan dan rekreasi dengan penekanan kepada gaya hidup sihat serta penyertaan dalam aktiviti fizikal
Skop Aktiviti : Kelab ini mengendalikan latihan sukan, penganjuran kejohanan dalaman dan penyertaan dalam acara sukan antara kolej/universiti. Aktiviti rekreasi santai juga dilaksanakan bagi menggalakkan kesejahteraan mental dan fizikal pelajar.
Sasaran Ahli : Untuk kepada semua pelajar KBH yang berminat dalam sukan dan rekreasi. Fokus kepada mereka yang ingin aktif, mencabar diri, dan membina semangat berpasukan dalam suasana sihat dan menyeronokkan.

Kelab Sahabat Al-Ikhlas
Bidang : Kerohanian dan Sahsiah Diri
Skop : Membantu membentuk individu yang cemerlang dari segi akademik, sahsiah, dan semangat perpaduan, selaras dengan aspirasi pembangunan insan secara menyeluruh
Tertumpu kepada : Semua pelajar kolej tanpa mengira agama dan bangsa

Team Volunteer KBH (TVK)
Skop aktiviti: Kelab ini merangkumi program amal, bantuan kemanusiaan, penganjuran aktiviti kebajikan serta kerja sukarela di dalam komuniti kolej dan kawasan sekitar.
Memberi ruang kepada pelajar menyumbang kepada masyarakat.
Membentuk pelajar yang prihatin, bertanggungjawab, dan aktif.
Meningkatkan kemahiran insaniah melalui aktiviti kesukarelawanan.

KELAB MUTTAMIZH KAZHAGAM
Sebuah kelab bahasa dan kebudayaan yang ditubuhkan bagi menyediakan ruang dan platform kepada pelajar yang berminat untuk mengenali serta mempelajari kebudayaan masyarakat India dan bahasa Tamil.
Mempromosikan perpaduan, memahami kepelbagaian, dan kebudayaan kaum India serta memberi pendedahan asas terhadap bahasa Tamil kepada pelajar KBH, tanpa mengira latar belakang kaum.
Menjadi pemangkin utama kepada penganjuran aktiviti kebudayaan India di KBH.
Mengukuh peranan kelab dalam melestarikan warisan budaya India dan bahasa Tamil.

MANDARIN CLUB KBH
Kelab Mandarin Kolej Burhanuddin Helmi
Bidang: Kebudayaan dan perpaduan antara kaum
Skop: Aktiviti kebudayaan, kesenian, dan kerjasama antara kaum berteraskan budaya Cina. Kelab kami memperkenalkan budaya Cina dan memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan warga kolej
Tertumpu kepada: Warga kolej tanpa mengira kaum, khususnya pelajar berbilang bangsa

DESTAR
D’Gators Social Entrepreneurship and Student Volunteer (DESTAR)
Bidang: Keusahawanan sosial dan kesukarelawanan
Skop: Aktiviti jualan, projek perniagaan kecil, program komuniti, pembangunan soft skills
Tertumpu kepada:
Pelajar institusi pengajian tinggi yang berminat dalam keusahawanan dan khidmat masyarakat
Menyemai nilai keusahawanan dalam kalangan pelajar melalui pelbagai aktiviti seperti jualan produk, pengurusan perniagaan kecil-kecilan (microenterprise), penganjuran bazar keusahawanan, serta bengkel pembangunan produk dan strategi pemasaran.
Mewujudkan peluang untuk pelajar menjana pendapatan melalui projek keusahawanan sambil menyumbang kepada komuniti melalui hasil jualan atau program tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Memberi pendedahan kepada pelajar tentang asas perniagaan seperti pengurusan kewangan, pemasaran digital, penyediaan pelan perniagaan, serta kemahiran komunikasi dalam jual beli.
