Kolej Dato' Onn

 Pertama Dalam Semua

Peranan MEP

MEP adalah singkatan bagi Majlis Eksekutif Pelajar yang terdiri daripada 13 orang pelajar yang dilantik oleh pihak pentadbiran kolej. Ia berfungsi sebagai:

* Pemimpin pelajar di kolej kediaman

* Menjaga kebajikan pelajar kolej dari aspek keselamatan, kesihatan, kewangan, keperluan di kolej.

* Melaksanakan aktiviti dan program pelajar di kolej kediaman.

* Bertindak sebagai penyampai keperluan dan aduan pelajar kepada pihak pengurusan Kolej dan Universiti.

* Bertindak sebagai penyampai maklumat yang disampaikan oleh pihak pengurusan Kolej dan Universiti.