Pusat Kesatria Universiti UKM

 Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan

KOR SUKSIS

Kembali Ke Indeks

Penubuhan Kor SUKSIS

Penubuhan Kor Sukarelawan Polis di Institusi Pengajian Tinggi adalah hasil cetusan idea Mantan Perdana Menteri  YAB Dato’ Seri Abdullah bin Ahmad Badawi ketika itu menjawat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri semasa lawatan beliau di Univerisiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah pada 4 hb. Febuari 1999.

Lawatannya di UUM Sintok pada 4 Febuari 1999 beliau telah menyarankan supaya diwujudkan satu lagi pasukan beruniform ‘ALA POLIS’ sebagai pemangkin kepada membentuk  pembangunan sahsiah pelajar yang bakal menjadi pemimpin masa akan datang yang berpengetahuan dalam bidang kepolisan dan penguatkuasaan undang-undang serta menjaga keselamatan negara.

Pada 24 hb. Jun 2006 YDH Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Omar telah merasmikan secara serentak Penubuhan Badan Beruniform Kor Sukarawan Polis Siswa / Siswi  ( Kor SUKSIS ) institusi Pengajian Tinggi Awam ( IPTA ) seluruh Malaysia di Universiti Teknologi Mara ( UiTM ) Shah Alam. Sebanyak 10 buah IPTA yang terlibat termasuk Cawangan UiTM Pulau Pinang.

Tujuan

Kor SUKSIS ditubuhkan di IPTA adalah bertujuan :-

  1. Antara Instrumen dalam kokurikulum pelajar IPTA bagi membentuk sahsiah dan pembangunan mahasiswa.
  2. Sebagai pelapis pemimpin dimasa hadapan yang mempunyai peningkatan disiplin diri yang tinggi dengan mempunyai nilai-nilai murni.
  3. Mewujudkan semangat patriotik, jati diri dan sayangkan negara.
  4. Menjadi mata dan telinga PDRM dengan mempunyai pengetahuan serta kefahaman mengenai fungsi PDRM dalam menguatkuasakan undang-undang dan menjaga keselamatan negara.

Objektif

Objektif penubuhan Kor SUKSIS IPTA adalah seperti berikut :-

  1. Melahirkan seorang Pegawai Kor SUKSIS Polis yang berpengetahuan undang-undang berkaitan, mempunyai sikap serta elemen disiplin (kepolisan) yang sesuai diantara Pasukan Polis dengan IPTA.
  2. Mampu memainkan peranan dan tanggungjawab dengan cekap dan berkesan sebagai seorang Pegawai Kor SUKSIS Polis kearah mewujudkan kesedaran sivik dan hubungan baik polis dengan masyarakat.
  3. Mempunyai ketahanan fizikal, mental serta personaliti yang bersesuaian dengan peranan sebagai seorang Pegawai Kor Siswa Polis.

Visi

Melahirkan Siswazah sebagai pelapis pemimpin yang mempunyai tahap pengetahuan kepolisan dan keterampilan diri yang menepati keperluan masyarakat.

Misi

Menyediakan kepada Kor SUKSIS Program Latihan berbentuk :-

  1. Ketahanan mental dan fizikal diri.
  2. Pengetahuan asas undang-undang dan budaya kepolisan.
  3. Pengetahuan asas penggunaan dan pengendalian kelengkapan yang digunakan oleh pasukan polis.
  4. Menerapkan nilai-nilai murni, ciri-ciri kepimpinan PDRM dan keyakinan diri menepati sebagai seorang pemimpin.

Moto

Pendaulatan maruah negara

  1. Menerapkan semangat patriotik yang kental.
  2. Menyediakan pelapis pemimpin yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
  3. Menerapkan ciri-ciri kepimpinan yang mempunyai pengetahuan dalam bidang kepolisan.

Konsep

  1. Menegakkan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang negara.
  2. Kesetiaan kepada pucuk pimpinan PDRM dan IPTA.
  3. Bertanggungjawab dalam memelihara ketenteraman dan keselamatan.

PERJAWATAN PEGAWAI & ANGGOTA PDRM

BIL PANGKAT JAWATAN KEKUATAN
1. ASP PEG. PENYELARAS KOR SUKSIS 1
2. C/INSP. / INSP PEG. LATIHAN 1 & 2 2
3. SM KETUA JURULATIH 1
4. SJN JURULATIH  TAHAP 1, 2 & 3 3
5. KPL. PEN. JURULATIH TAHAP 1, 2 & 3 6
6. KONST. PEJABATAN ( SOKONGAN ) 1
7. KONST/S PEMANDU ( SOKONGAN ) 2
8 N 17 PEMBANTU TADBIR ( SOKONGAN ) 1
JUMLAH 17

PENJAWATAN PEGAWAI KEHORMAT KOR SUKSIS

BIL PANGKAT JAWATAN KEKUATAN
1. ACP/KS KOMANDAN 1
2. SUPT/KS TIMB. KOMANDAN 1
3. DSP/KS ADJUTAN 1
4. ASP/KS PEG. LATIHAN AKEDEMIK 1
5. ASP/KS PEG. LATIHAN LUAR 1
JUMLAH 5

PROGRAM LATIHAN DAN AKTIVITI KOR SUKSIS

Program Latihan dan Aktiviti Kor SUKSIS yang dijalankan di IPTA adalah mengikut silibus program latihan dan aktiviti yang telah disediakan dan diluluskan oleh Bahagian Latihan Bukit Aman.

Semua bentuk latihan luar dan akademik akan dijalankan oleh pegawai / anggota tetap PDRM yang ditempatkan di IPTA.

Latihan harian untuk Kor SUKSIS akan diadakan tiga kali seminggu iaitu pada hari Isnin satu jam, hari Rabu satu jam dan hari Sabtu selama lapan jam.

Program Latihan dan Aktiviti dijalankan semasa cuti panjang semester.  Ada 3 Bahagian program.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pejabat Am KOR SUKSIS UKM

Kompleks Kesatria,

43600 UKM-Bangi, Selangor

No. telefon: 03-8921 3957