Pusat Kesatria Universiti UKM

 Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan

Peraturan Tempahan

  1. Tempoh permohonan adalah empat belas (14) hari sebelum tarikh penggunaan. Proses kelulusan akan mengambil masa selama tujuh (7) hari.
  2. Permohonan mestilah disertakan bersama surat permohonan daripada organisasi/ kertas kerja/ aturcara program.
  3. Pusat Kesatria-UKM berhak untuk menarik balik kelulusan sekiranya ada pertindihan program anjuran Pusat Kesatria-UKM atau Universiti Kebangsaan Malaysia.
  4. Pusat Kesatria-UKM berhak untuk membatalkan penggunaan sekiranya maklumat atau aktiviti yang dijalankan bercanggah seperti yang dinyatakan dalam surat/ kertas kerja/ aturcara program.
  5. Permohonan tidak akan diproses sekiranya borang tidak lengkap diisi dan tiada dokumen yang lengkap.
  6. Aktiviti yang dijalankan mestilah tidak bertentangan dengan undang-undang negara, perlembagaan dan peraturan Universiti serta tidak melibatkan isu-isu sensitif seperti perkauman.
  7. Tidak mencemarkan imej dan nama baik Universiti sebagai Institusi Pengajian
  8. Tidak melakukan
  9. Pakaian hendaklah kemas dan sopan serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak
  10. Kerosakan aset dan kemudahan dalam tempoh penggunaan ruang yang disebabkan oleh pemohon adalah menjadi tanggungjawab pemohon.
  11. Memastikan kerusi dan meja yang digunakan selepas program, disusun dengan teratur seperti keadaan
  12. Menjaga kebersihan Kompleks Kesatria, bilik-bilik kuliah, bilik-bilik seminar, surau dan Auditorium selepas digunakan dan sisa-sisa makanan hendaklah dibuang selepas program tamat.
  13. Pengguna bertanggungjawab untuk memadamkan lampu dan alat penghawa dingin setelah tamat sesuatu
  14. Sebarang perubahan tarikh dan masa bagi sesuatu program tidak dibenarkan selepas permohonan telah dihantar ke Pusat Kesatria, namun ia tertakluk kepada perundingan kedua belah pihak.
  15. Bagi tempahan yang telah diisi boleh dihantar kepada Pusat Kesatria melalui e-mel, sukesatria@ukm.edu.my atau melalui pos ke alamat berikut:

Pengarah Pusat Kesatria Universiti

Pusat Kesatria Universiti Kompleks Kesatria,

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM-Bangi,

Selangor Darul Ehsan.