Tahniah dan Syabas Berjaya Menamatkan Latihan Kursus Asas Polis Bantuan (KAPB) Siri 11/2025
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh anggota yang telah berjaya menamatkan Latihan Kursus Asas Polis Bantuan (KAPB) Siri 11/2025 yang telah berlangsung dengan jayanya di Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu.
Majlis Tamat Latihan yang diadakan pada 20 Disember 2025 ini melambangkan komitmen, disiplin serta kesungguhan para anggota dalam meningkatkan profesionalisme dan kesiapsiagaan sebagai pasukan keselamatan yang berintegriti dan berwibawa.
Sekalung penghargaan dan terima kasih turut dirakamkan kepada pihak Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu serta syarikat-syarikat yang terlibat dan bekerjasama atas sokongan, bimbingan dan kerjasama erat sepanjang pelaksanaan latihan ini.
Semoga ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam pelaksanaan tugas demi keselamatan dan kesejahteraan organisasi serta masyarakat.
Tahniah dan selamat maju jaya.
Ikhlas daripada Bahagian Keselamatan Jabatan Pendaftar Universiti Kebangsaan Malaysia