Syabas dan Tahniah Kepada Pelatih KAPB Siri 6/2024







21 November 2024 (Khamis) – PULAPOL Langkawi, seramai 208 pegawai dan anggota Polis Bantuan menamatkan Kursus Asas Polis Bantuan Siri 6/2024 dengan penuh kejayaan. Perbarisan Tamat Latihan itu diserikan lagi dengan ASP/PB Muhammad Syakir Iskandar dari UKM sebagai peneraju. Namun, sorotan utama turut diberikan kepada Konst/PB Mohd Suffizi Abd Majid (UKM) yang cemerlang dinobatkan sebagai pelatih terbaik bagi latihan luar. Tahniah atas dedikasi dan pencapaian cemerlang mereka!