KESUKMA Menyertai Kejohanan Futsal CUEPACS Negeri Selangor 2024

Pada Sabtu (19 Oktober 2024) telah berlangsung Kejohanan Futsal CUEPACS Negeri Selangor 2024 di Kompleks Futsal Presint 18, Putrajaya. Acara kemuncak dan simbolik perasmian telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Mohd Hisamudin Bin Yahaya, Ahli Dewan Negara Merangkap Ahli Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Kejohanan futsal yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk mempupuk semangat kesukanan dan aktiviti sihat selamat mengeratkan silaturahim serta ukhwah sesama ahli kesatuan. Tahniah kepada semua pemain yang mewakili KESUKMA dalam kejohanan ini.



