Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bil. 1/2025


BANGI, 16 Mac 2026 – Satu sesi perjumpaan khas melibatkan Staf Gred JA telah diadakan bersama Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia (KESUKMA) bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan kebajikan, peranan serta pembangunan staf pelaksana di UKM. Presiden KESUKMA dalam ucapannya menegaskan bahawa staf pelaksana memainkan peranan penting sebagai tulang belakang kepada kelancaran operasi universiti….
Adalah dimaklumkan, satu perjumpaan telah diadakan antara wakil Kesatuan Kakitangan UKM (KESUKMA), Pengurusan Tertinggi Pusat Teknologi Maklumat (PTM) dan Bahagian Sumber Manusia UKM bagi membincangkan hala tuju skim perkhidmatan Juruteknik Komputer (FT) pagi tadi di Bilik Teratai, PTM. Perjumpaan ini bertujuan untuk mengenal pasti keperluan semasa serta penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi memperkasa peranan juruteknik…
Delegasi KESUKMA disambut mesra oleh pengurusan tertinggi Koperasi UKM yang diketuai oleh Encik Abdul Hajis Yusof, Pengurus Besar UNIKEB. Lawatan ini bertujuan untuk bertukar pandangan, memahami struktur operasi koperasi, serta mengenal pasti ruang kolaborasi yang boleh memberi manfaat kepada warga kerja UKM. Dalam sesi perbincangan, kedua-dua pihak menyentuh pelbagai aspek termasuk peluang penawaran produk dan…
KESUKMA UKM menyantuni Ahli yang telah bersara. Dalam kesempatan ini, KESUKMA telah menyampaikan sumbangan Tabung Kebajikan Persaraan berjumlah RM500.00 setiap seorang iaitu kepada Encik Md. Said Ab.Ghani (FST) dan Puan Noraidah Selamat – (wakil anak) (PTSL) Terima kasih atas segala jasa dan bakti yang telah disumbangkan kepada UKM dan juga KESUKMA.
Kejohanan Bowling KESUKMA 2025 telah diadakan pada 22 Februari 2025 bertempat di Ampang Superbowl Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Program ini telah disempurkan oleh Encik Abdul Rahman Haji Mohd Nordin, Presiden KESUKMA. Kejohanan ini telah disertai oleh lebih 50 orang ahli KESUKMA. Semoga aktiviti ini dapat mengeratkan ukhwah antara ahli disamping mempromosi gaya hidup sihat….
KESUKMA telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Pustakawan UKM petang (20 Februari 2025). Dalam sesi ini, delegasi KESUKMA diketuai oleh Encik Barudin bin Baharin, Timbalan Presiden dan disambut oleh En Hazmir Hj Zainal, Ketua Pustakawan UKM Pada sesi ini beberapa perancangan strategik telah dibincangkan termasuk mengadakan program “Perpustakaan Untuk Semua” yang mana menjadikan Perpustakaan…