Sesi Kunjungan Hormat KESUKMA ke Pejabat Ketua Pustakawan UKM
KESUKMA telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Pustakawan UKM petang (20 Februari 2025). Dalam sesi ini, delegasi KESUKMA diketuai oleh Encik Barudin bin Baharin, Timbalan Presiden dan disambut oleh En Hazmir Hj Zainal, Ketua Pustakawan UKM
Pada sesi ini beberapa perancangan strategik telah dibincangkan termasuk mengadakan program “Perpustakaan Untuk Semua” yang mana menjadikan Perpustakaan bukan hanya tempat untuk Pelajar dan para akademia mencari bahan rujukan, tetapi juga sebagai One Stop Center utk Warga UKM dengan mewujudkan ruang dan sudut guna sama.
Hadir sama dalam sesi ini adalah En Farid dan En. Shafry (AMJK KESUKMA).
Gambar dan berita boleh klik di sini

