Bengkel Electronic Trade Union Information System (e-TUIS) Siri 2 Tahun 2025

Universiti Kebangsaan Malaysia telah dipilih oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Pekerja, Kementerian Sumber Manusia untuk penganjuran bengkel.

Bengkel Electronic Trade Union Information System (e-TUIS) Siri 2 Tahun 2025 telah diadakan di Makmal Siber PTSL pada 19 Mei 2025. Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) ini bertujuan untuk memperkukuh kefahaman pegawai kesatuan dalam aspek teknikal e-TUIS, malah turut menyentuh aspek penting seperti keperluan pematuhan undang-undang, ketelusan kewangan dan kemas kini maklumat kesatuan secara digital. Bengkel ini menghimpunkan wakil-wakil kesatuan seluruh Negeri Selangor dan Wilayah Persekutan.

Majlis dirasmikan oleh Tuan Haji Azzal bin Haji Abu Talib, Pengarah JHEKS Selangor & Wilayah Persekutuan. Turut menyampaikan ucapan aluan ialah Encik Barudin Bin Baharin, Timbalan Presiden KESUKMA.

Wakil KESUKMA yg hadir pada bengkel ini adalah Puan Siti Zaida, Puan Noorazilal dan Encik Muhammad Farid.

Gambar-gambar lain klik sini