KESUKMA UKM Hantar Wakil Ke Program Malaysia Madani 2023

Petaling Jaya, 13 Ogos 2023 – Seramai 24 orang ahli Kesatuan Kakitangan Am, Universiti Kebangsaan Malaysia (KESUKMA UKM) telah menyertai dengan penuh semangat dalam Program Malaysia Madani
yang telah diadakan pada 31 Julai 2023 di Tropicana Golf & Country Resort, Selangor telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin Bin Shari, Menteri Besar Selangor.

Program ini diadakan adalah hasil daripada usaha bersepadu Jabatan Komunikasi Komuniti, Jabatan Perdana Menteri, CUEPACS Selangor dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor.
Ia bertujuan untuk memperkukuhkan lagi semangat patriotisme dan keprihatinan terhadap konsep Madani yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim.

Program Malaysia Madani di Zon Tengah Tahun 2023 telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam kalangan ahli KESUKMA UKM. Langkah ini membuktikan komitmen mereka dalam menyumbangkan tenaga dan kepakaran untuk perkembangan negara dan masyarakat secara menyeluruh.

Oleh: Muhammad Yazid Othman
Penolong Setiausaha Agung KESUKMA