Bengkel Kertas Kerja Gred Sains,Penyelidikan dan Pembangunan CUEPACS bagi Penambahbaikan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) telah diadakan pada 25 hingga 27 April 2025 bertempat di SwisBell Hotel, Kuantan Pahang
Bengkel ini bertujuan untuk membincangkan dan merangka cadangan penambahbaikan terhadap skim perkhidmatan dalam gred berkaitan agar lebih relevan dan kompetitif. Pelbagai isu berkaitan struktur gaji, laluan kerjaya, beban tugas serta kebajikan penjawat awam dalam gred berkaitan turut dibincangkan secara mendalam.Bengkel anjuran CUEPACS ini telah berjaya menggabungkan 32 Kesatuan yang mempunyai Gred berkaitan dengan peserta seramai 68 orang. Sepanjang bengkel berlangsung, 7 Kertas Kerja telah dibentangkan dengan sokongan dan penambahbaikan untuk dibawa ke peringkat MBK ( Majlis Bersama Kebangsaan) sebelum diperhalusi untuk dibawa kepada JPA.
Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia (KESUKMA) telah menghantar lima orang wakil untuk menghadiri bengkel ini, iaitu:
Gambar-gambar lain klik disini