Bengkel Pemantapan Kertas Kerja Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) anjuran CUEPACS telah diadakan pada 9 hingga 11 Mei 2025 bertempat di The Pearl Hotel, Kuala Lumpur.
Bengkel ini bertujuan untuk membincangkan dan memperkasakan penambahbaikan terhadap penyediaan KK yang lebih efektif dan relevan serta memenuhi kriteria dan garis panduan penyediaan KK yang ditetapkan oleh JPA. Pembangunan KK ini adalah bertujuan membawa hasrat kesatuan gabungan membuat cadangan penambahbaikan terhadap perkhidmatan mengikut skim. Setiap skim akan diwakili oleh seorang Naib Pengerusi dan Pen.Setiausaha bagi memantau dan membantu penyediaan KK yang akan dinilai semasa pembentangan.
KK akan dikategorikan kepada laluan 1 ( akan dibawa kepada JPA September 2025) dan laluan 2 (perlu diperkemaskan dan diperkasakan untuk dibawa pada tahun 2026). Perundingan KK akan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Bersama wakil-wakil MBK. Dalam bengkel ini, peserta KESUKMA bergabung Bersama kesatuan lain mengikut skim masing-masing membangunkan KK memperjuangkan keperluan berkaitan perkhidmatan.
Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia (KESUKMA) telah menghantar empat orang wakil untuk menghadiri bengkel ini, iaitu:
Gambar-gambar lain klik disini