Jamuan Hari Raya Aidil Adha KESUKMA Tahun 2022

Bangi, 12 Julai 2022

Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia (KESUKMA), buat pertama kali telah mengadakan Jamuan Hari Raya Aidil Adha di Dataran Panggung Seni, UKM.

Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman dan juga Pendaftar, UKM YBhg. Dato’ Dr. Syed Kamarudin Hj. Sadakkuthulla.