Kesatuan Kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia (KESUKMA) telah mengadakan sesi kunjungan strategik ke Koperasi UNIKEB hari ini sebagai usaha memperkukuh hubungan kerjasama dan meneroka peluang sinergi antara kedua-dua organisasi.
Delegasi KESUKMA disambut mesra oleh pengurusan tertinggi Koperasi UKM yang diketuai oleh Encik Abdul Hajis Yusof, Pengurus Besar UNIKEB. Lawatan ini bertujuan untuk bertukar pandangan, memahami struktur operasi koperasi, serta mengenal pasti ruang kolaborasi yang boleh memberi manfaat kepada warga kerja UKM. Dalam sesi perbincangan, kedua-dua pihak menyentuh pelbagai aspek termasuk peluang penawaran produk dan perkhidmatan koperasi kepada ahli kesatuan, sokongan terhadap aktiviti kebajikan serta perancangan jangka panjang untuk memperkasa keperluan serta kebajikan ahli.
Gambar-gambar boleh klik disini