KESUKMA UKM Berjaya Terima Geran Bantuan Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS)

KESUKMA UKM Berjaya Terima Geran Bantuan Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) RM10,000

IPOH, 19 Mei 2023 – Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia (KESUKMA) telah berjaya menerima Bantuan Geran Kesatuan Sekerja sebanyak RM10,000 melalui Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) pada Majlis Penyerahan Bantuan PHEKS 2023 peringkat Semenanjung Malaysia di Hotel Impiana, Ipoh, Perak.

Bantuan kewangan ini diberikan kepada kesatuan sekerja yang berdaftar dan sebanyak lima kategori geran telah ditawarkan pada tahun ini.

Sebanyak 482 permohonan diterima dengan nilai permohonan sebanyak RM10,230,355.82, dan pada kali ini, KESUKMA adalah merupakan salah satu kesatuan daripada 189 permohonan yang berjaya dan diluluskan dengan nilai bantuan sebanyak RM1,900,000.00.

Pada majlis ini Puan Zaida, Setiausaha Kesatuan Kakitangan Am, Universiti Kebangsaan Malaysia (KESUKMA) dan En. Muhammad Yazid Othman, Penolong Setiausaha Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia (KESUKMA) telah mewakili KESUKMA UKM untuk menerima mocq check bantuan tersebut yang telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Kamal bin Pardi, Ketua Pengarah Jabatan Kesatuan Sekerja, Kementerian Sumber Manusia yang mewakili Menteri Sumber Manusia Malaysia yang tidak dapat hadir pada majlis tersebut kerana masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan.

Semoga dengan bantuan yang diterima ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada Kesatuan Kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia di dalam menjalankan program di dalam bentuk latihan dan pendidikan kepada ahli-ahli KESUKMA.

Oleh: Muhammad Yazid Othman

Penolong Setiausaha KESUKMA

Foto: KESUKMA, UKM