Kursus Asas Membina Sistem Maklumat Dengan Mudah Menggunakan Microsoft Access Anjuran KESUKMA

 

 

Kursus Asas Membina Sistem Maklumat Dengan Mudah Menggunakan Microsoft Access

Di dalam era Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) banyak teknologi yang boleh diadaptasi dalam memudahkan tugasan harian di pejabat dan di tempat kerja. Oleh itu di dalam membantu kakitangan UKM khususnya ahli-ahli KESUKMA dalam memudahkan urusan tugasan di PTJ / Fakulti masing-masing Kesatuan Kakitangan Am, Universiti Kebangsaan Malaysia (KESUKMA) akan mengadakan Kursus Asas Membina Sistem Maklumat Dengan Mudah Menggunakan Microsoft Access.

Kursus ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan berkongsi kemahiran untuk membina satu sistem pengkalan data / Sistem Penyimpanan Maklumat menggunakan Microsoft Access bagi memudahkan tugasan harian kakitangan UKM khususnya ahli KESUKMA di PTJ dan Fakulti di UKM.

Kursus ini telah diadakan seperti butiran di bawah:

Hari: Rabu
Tarikh: 30 Mac 2022
Waktu: 9.00 Pagi – 5.00 Petang
Tempat: Makmal Komputer, Fakulti Pengajian Islam, UKM