Mesyuarat Gred Pentadbiran, Sokongan, Bakat & Sosial Cuepacs Bil. 4 [ Sesi 2019- 2022 ]

 

Kuala Lumpur, 5 Julai 2022: Ceupacs telah mengadakan Mesyuarat Gred Pentadbiran, Sokongan, Bakat & Sosial Cuepacs Bil. 4 bagi Sesi 2019- 2022.

Turut hadir di dalam mesyuarat pada kali ini ialah Dato’ Presiden Cuepacs dan juga Setiausaha Agung Cuepacs.

Pada mesyuarat pada kali ini, Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia (KESUKMA) telah diwakili oleh En. Muhammad Yazid Othman, Penolong Setiausaha KESUKMA merangkap Penasihat Persatuan Pembantu Tadbir dan Pembantu Operasi, UKM.

Dalam mesyuarat ini pelbagai isu telah dibincangkan khususnya yang melibatkan penjawatan Gred N Pembantu Tadbir dan Pembantu Operasi yang telah jauh ketinggalan berbanding skim-skim perkhidmatan yang lainnya.