Perjumpaan KESUKMA Bersama Pengurusan PTM: Bincang Hala Tuju Skim Perkhidmatan Juruteknik Komputer (FT) UKM

Adalah dimaklumkan, satu perjumpaan telah diadakan antara wakil Kesatuan Kakitangan UKM (KESUKMA), Pengurusan Tertinggi Pusat Teknologi Maklumat (PTM) dan Bahagian Sumber Manusia UKM bagi membincangkan hala tuju skim perkhidmatan Juruteknik Komputer (FT) pagi tadi di Bilik Teratai, PTM.
Perjumpaan ini bertujuan untuk mengenal pasti keperluan semasa serta penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi memperkasa peranan juruteknik komputer selaras dengan perkembangan teknologi maklumat serta peluang kerjaya di UKM.
KESUKMA menyuarakan beberapa cadangan dan kebimbangan ahli berkaitan perkembangan kerjaya, beban tugas, serta keperluan latihan berterusan, manakala pihak pengurusan PTM dan Bahagian Sumber Manusia turut memberikan maklum balas serta komitmen untuk meneliti dan mempertimbangkan penambahbaikan yang sewajarnya.
Gambar-gambar lain klik disini