PERSIDANGAN PERWAKILAN DWI TAHUNAN MAJLIS BERSAMA KEBANGSAAN BAGI PEKERJA-PEKERJA AM DALAM KUMPULAN SESI 2022 – 2024.

 

Kuala Lumpur, 11 Oktober 2022. KESUKMA telah menghantar  Perwakilan dan juga Pemerhati pada sesi Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Majlis Bersama Kebangsaan  Bagi Pekerja-Pekerja Am Sesi 2022 – 2024.

Perwakilan diwakili oleh Presiden KESUKMA, En. Rahman Nordin dan juga Timbalan Presiden KESUKMA Puan Hajjah Zaiton Othman. Manakala Pemerhati pula diwakili oleh Setiausaha KESUKMA, Puan Zaida Md. Yasir dan juga En. Muhammad Yazid Othman.

Pada pemilihan kali ini Presiden KESUKMA, – En. Abdul Rahman bin Hj, Mohd Nordin telah dipilih sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Bersama Kebangsaan ( Sains  & Teknologi).

Manakala Timbalan Presiden KESUKMA Puan Hajjah Zaiton Othman telah dipilih sebagai Naib Pengerusi Majlis Bersama Kebangsaan  (Gred Sains).

Persidangan kali ini telah dirasmikan oleh Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara.