Sesi Kunjungan Hormat KESUKMA ke Pusat Kesihatan Universiti (PKU)
KESUKMA telah mengadakan kunjungan hormat ke PKU. Dalam sesi ini, delegasi KESUKMA diketuai oleh Encik Barudin bin Baharin, Timbalan Presiden dan disambut oleh Dr. Masdalina Azhar, Pengarah PKU.
Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk menjalin hubungan lebih erat antara KESUKMA dan PKU, mendapatkan maklumat secara menyeluruh terhadap perkhidmatan serta perancangan strategik dalam merancang program-program kesihatan untuk Warga UKM.
Hadir sama dalam sesi ini adalah En. Mahyudin Darus, Ketua Pentadbiran PKU, Pn. Siti Zaida Setiausaha, Cik Jaziha Bendahari, barisan AMJK KESUKMA En. Farid, En. Jeffri, En. Syafry dan En. Asyraf.

Gambar-gambar lain klik disini