Sesi Perbincangan Strategik KESUKMA bersama Unit Integriti & Ombudsman UKM
Antara intipati perbincangan adalah inisiatif bersama yang bertujuan memperkukuh nilai integriti dalam kalangan kakitangan serta memperkasakan budaya kerja yang positif dan beretika. Beberapa cadangan program yang berorientasikan pembangunan sahsiah, kesedaran integriti, serta kesejahteraan mental dan emosi turut dikemukakan.
KESUKMA dan Unit Integriti & Ombudsman UKM komited untuk meneruskan kerjasama strategik ini bagi memastikan warga UKM terus mendapat manfaat melalui program-program yang bukan sahaja menyokong pembangunan profesional, malah memperkukuh jati diri sebagai penjawat awam yang berintegriti.
Hadir dalam perbincangan adalah barisan AMJK KESUKMA dan Unit Integriti & Ombudsman UKM adalah Encik Rajan, Ketua Pentadbiran, Puan Anis Syahirah dan Cik Zulaika.
Gambar-gambar lain klik disini