{"id":96,"date":"2011-05-19T15:22:00","date_gmt":"2011-05-19T07:22:00","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ukm.my\/kesukma\/?p=96"},"modified":"2011-05-19T15:22:00","modified_gmt":"2011-05-19T07:22:00","slug":"prospek-pengganti-ptk-berkuatkuasa-1-julai","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ukm.my\/kesukma\/uncategorized\/prospek-pengganti-ptk-berkuatkuasa-1-julai\/","title":{"rendered":">PROSPEK PENGGANTI PTK BERKUATKUASA 1 JULAI"},"content":{"rendered":"<p>><\/p>\n<p style=\"text-align: justify; font-family: arial;\" id=\"titleNews\"><span style=\"font-size: 85%;\">Bernama<br \/>\n<br \/>19\/5\/2011<br \/>\n<br \/><\/span><\/p>\n<div style=\"text-align: justify; font-family: arial;\">  <\/div>\n<p style=\"text-align: justify; font-family: arial;\" id=\"byline\">\n<div style=\"text-align: justify; font-family: arial;\">  <\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">   PUTRAJAYA, 19 Mei (Bernama) &#8212;  Program Bersepadu Pembangunan   Kompetensi atau PROSPEK menjadi pengganti kepada Penilaian Tahap   Kecekapan (PTK) yang berkuatkuasa 1 Julai ini, kata Ketua Pengarah   Perkhidmatan Awam Datuk Seri Abu Bakar Abdullah.<\/p>\n<p>Beliau berkata  lapan prinsip yang menjadi teras kepada penilaian baru  itu meliputi  falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan  pembangunan  kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan  pencapaian  penilaian.<\/p>\n<p>&#8220;Walau bagaimanapun, sebarang penambahbaikan pelaksanaan boleh dibuat atau dirunding dari semasa ke semasa.<\/p>\n<p> &#8220;Itu jaminan saya,&#8221; katanya pada majlis Menandatangani Persetujuan   Bersama JPA-Cuepacs Mengenai Penilaian Baru Kompetensi Menggantikan PTK   di sini Khamis.<\/p>\n<p>Turut hadir Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.<\/p>\n<p> Abu Bakar berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Cuepacs secara    bersama bersetuju bahawa falsafah penilaian berasaskan kompetensi   diteruskan dengan memperluaskan skopnya meliputi pembangunan kompetensi   dan potensi.<\/p>\n<p>&#8220;Pengenalan penilaian potensi sebagai nilai tambah  kepada penilaian  baru ini bertujuan memantapkan lagi fungsi pengurusan  bakat dalam  perkhidmatan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata selain  dimensi asas kompetensi seperti pengetahuan,  kemahiran dan sikap,  kedua-dua pihak bersetuju dimensi tambahan  diperkenalkan iaitu  kreativiti dan inovasi selaras dengan nilai semasa  yang diberi  penekanan oleh kerajaan dalam pembangunan negara.<\/p>\n<p>Katanya kaedah  penilaian bagi kumpulan pelaksana tidak lagi berasaskan  peperiksaan  tetapi ditentukan oleh panel penilai yang berwibawa yang  akan menilai  kompetensi yang diperlukan pada sesuatu jawatan.<\/p>\n<p>Katanya hasil  penilaian akan menentukan status kompetensi pegawai sama  ada mempunyai  kompetensi &#8216;cemerlang dan berpotensi tinggi&#8217;, &#8216;memenuhi  kompetensi dan  berpotensi&#8217; atau &#8216;memerlukan pembangunan&#8217;.<\/p>\n<p>Abu Bakar berkata  pegawai yang melalui proses penilaian dan pembangunan  serta memenuhi  kriteria penilaian yang ditetapkan, berpeluang menikmati  ganjaran dalam  bentuk pembangunan diri dan kemajuan kerjaya.<\/p>\n<p>&#8220;Faedah  pembangunan diri termasuk peluang mengikuti pelbagai program   pembangunan untuk meningkatkan kompetensi dan potensi seseorang pegawai   serta pengiktirafan lain seperti Anugerah Perkhidmatan Cemerlang,  Pingat  Perkhidmatan Cemerlang dan lain-lain.<\/p>\n<p>&#8220;Manakala faedah  kemajuan kerjaya termasuk pertimbangan untuk kenaikan  pangkat mengikut  skim perkhidmatan masing-masing dan peluang mengikuti  latihan di dalam  atau di luar negeri,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Katanya pegawai yang berada di  gred kenaikan pangkat pula akan  mengikuti program pembangunan  kompetensi dan potensi yang ditetapkan  mengikut gred yang berkenaan.<\/p>\n<p> &#8220;Kaedah pembangunan boleh berbentuk program seperti Pembangunan   Kompetensi Berterusan, Latihan Berteraskan Kompetensi dan seumpamanya,&#8221;   katanya.<\/p>\n<p>Abu Bakar berkata ketua perkhidmatan dan ketua jabatan  diberi  fleksibiliti dalam menentukan aspek dan kaedah penilaian dan  pembangunan  sesuai dengan keperluan kompetensi jawatan berkenaan.<\/p>\n<p> Katanya pada keseluruhannya penilaian kompetensi baru ini adalah   berbentuk program yang bersepadu bermula dengan pengenalpastian   kompetensi pegawai di gred lantikan yang diikuti dengan pelbagai program   pembangunan diri termasuk bimbingan, pementoran dan latihan sesuai   dengan keperluan pembelajaran pegawai yang berkenaan.<\/p>\n<p>&#8220;Setelah  berada di gred kenaikan pangkat, pegawai seterusnya akan  melalui  program pembangunan kompetensi dan potensi yang dirancang secara   sistematik sehingga ke akhir kerjaya seseorang pegawai,&#8221; katanya.<\/p>\n<p> Katanya pada masa ini, pihak JPA sedang meneliti draf akhir pekeliling   berkenaan yang dijangka akan dikeluarkan pada akhir bulan ini.<\/p>\n<p> Mengulas mengenai tiga permohonan Cuepacs, Abu Bakar berkata pihaknya   tidak dapat menjanjikannya kerana setiap perancangan kewangan perlu   dilaksanakan dengan baik.<\/p>\n<p> Terdahulu, Omar dalam ucapannya  memohon kepada JPA supaya kenaikan   pangkat secara time-based  dikekalkan, bukan berdasarkan kepada  kompetensi tertentu; dan kedua  perlu ada kenaikan pangkat secara  istimewa yang tidak tertakluk kepada  jawatan kosong.<\/p>\n<p>&#8220;Selepas pergi mana-mana kursus atau  meningkatkan kompetensi tetapi  balik tidak juga dapat kenaikan pangkat.  Jadi, kita mahu mana-mana  penjawat awam yang pergi bagi meningkatkan  kompetensi dan potensi,  supaya balik tanpa temuduga terus mendapat  kenaikan yang cemerlang dan  istimewa,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Katanya yang ketiga ialah insentif diberikan apabila seseorang pengawai itu mendapat kenaikan pangkat dan sebagainya.<\/p><\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>> Bernama 19\/5\/2011 PUTRAJAYA, 19 Mei (Bernama) &#8212; Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi atau PROSPEK menjadi pengganti kepada Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang berkuatkuasa 1 Julai ini, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Abu Bakar Abdullah. Beliau berkata lapan prinsip yang menjadi teras kepada penilaian baru itu meliputi falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_kad_blocks_custom_css":"","_kad_blocks_head_custom_js":"","_kad_blocks_body_custom_js":"","_kad_blocks_footer_custom_js":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-96","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized"],"taxonomy_info":{"category":[{"value":1,"label":"Uncategorized"}]},"featured_image_src_large":false,"author_info":{"display_name":"kesukma","author_link":"https:\/\/www.ukm.my\/kesukma\/author\/kesukma\/"},"comment_info":0,"category_info":[{"term_id":1,"name":"Uncategorized","slug":"uncategorized","term_group":0,"term_taxonomy_id":1,"taxonomy":"category","description":"","parent":0,"count":55,"filter":"raw","cat_ID":1,"category_count":55,"category_description":"","cat_name":"Uncategorized","category_nicename":"uncategorized","category_parent":0}],"tag_info":false,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/kesukma\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/96","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/kesukma\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/kesukma\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/kesukma\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/kesukma\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=96"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/kesukma\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/96\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/kesukma\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=96"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/kesukma\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=96"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/kesukma\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=96"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}