{"id":98,"date":"2011-07-23T14:40:00","date_gmt":"2011-07-23T06:40:00","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ukm.my\/kesukma\/?p=98"},"modified":"2011-07-23T14:40:00","modified_gmt":"2011-07-23T06:40:00","slug":"cuepacs-mahu-kerajaan-laksana-skim-insurans-nyawa-untuk-penjawat-agensi-penguatkuasa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ukm.my\/kesukma\/uncategorized\/cuepacs-mahu-kerajaan-laksana-skim-insurans-nyawa-untuk-penjawat-agensi-penguatkuasa\/","title":{"rendered":">CUEPACS MAHU KERAJAAN LAKSANA SKIM INSURANS NYAWA UNTUK PENJAWAT AGENSI PENGUATKUASA"},"content":{"rendered":"<p>><\/p>\n<p style=\"font-family: arial; text-align: justify;\" id=\"titleNews\"><span style=\"font-size: 85%;\">Bernama<br \/>\n<br \/>22\/7\/2011<br \/>\n<br \/><\/span><\/p>\n<p><\/p>\n<div style=\"font-family: arial; text-align: justify;\">  <\/div>\n<p style=\"font-family: arial; text-align: justify;\" id=\"byline\">\n<div style=\"text-align: justify;\">     KOTA BAHARU, 22 Julai (Bernama) &#8212;  Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja   Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan melaksanakan   pemberian skim insurans nyawa untuk penjawat awam yang berkhidmat di   agensi penguatkuasaan undang-undang.<\/p>\n<p>Presidennya Datuk Omar  Osman berkata ini bagi memastikan kebajikan  mereka terbela sekiranya  mereka ditimpa kemalangan atau mengalami  kecederaan ketika menjalankan  tugas mereka yang sentiasa berdepan dengan  pelbagai risiko.<\/p>\n<p> &#8220;Sebab itu kita minta agar kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam   menimbang untuk memberikan skim insurans nyawa kepada kakitangan di   agensi pelaksana penguatkuasaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan,   Jabatan Imigresen dan Pihak Berkuasa Tempatan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau  berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian   Seminar\/Bengkel Kepimpinan Generasi Muda anjuran Jawatankuasa Pendidikan   Kesatuan Kebangsaan Pekerja Penguasa-Penguasa Tempatan Semenanjung   Malaysia (Anulae) di sini, Jumaat. Turut hadir Presiden Anulae, Azih   Muda.<\/p>\n<p>Omar mengulas insiden seorang penguatkuasa Majlis Daerah  Hulu Selangor,  G. Sivarajah, 24, yang patah kaki kirinya apabila  dirempuh kenderaan  milik seorang penjual durian yang tiba-tiba mengamuk  apabila barangan  jualannya dirampas dalam operasi sita semalam.<\/p>\n<p> Katanya ketika ini penjawat awam hanya mendapat pembelaan melalui   Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) jika mengalami kecacatan kekal   ketika bertugas.<\/p>\n<p>Beliau berkata Cuepacs memandang serius masalah  berkenaan kerana bukan  semua penjawat awam mempunyai gaji yang tinggi  dan mampu membeli skim  insurans nyawa untuk diri mereka.<\/p>\n<p>&#8220;Ini  satu pembelaan kepada kakitangan kerajaan seperti ini dan saya  harap  pihak kerajaan melalui JPA dan ketua jabatan masing-masing dapat   bersama-sama Cuepacs untuk merealisasikan hasrat ini,&#8221; katanya.<\/p>\n<p> Sementara itu, katanya Cuepacs meminta JPA mengkaji semula gred jawatan   pengarah agensi kerajaan di setiap negeri yang kini berbeza di mana ada   antaranya berada di gred rendah dan tidak setaraf memegang jawatan  yang  mempunyai beban tugas tinggi itu.<\/p>\n<p>&#8220;Mereka  sekurang-kurangnya mesti bergred 54 iaitu JUSA C ke atas dan  apa yang  kita dapati ada pengarah itu bergred 48 dan terpaksa menggalas  tugas  yang besar,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Selain itu, Omar berkata Cuepacs  mengucapkan terima kasih kepada semua  penjawat awam kerana siasatan  mendapati tiada yang terbabit menyertai  perhimpunan haram di ibu negara  pada 9 Julai lepas.<\/p>\n<p>&#8220;Ini membuktikan kakitangan kerajaan  menyokong kepimpinan kerajaan yang  ada dan menolak sebarang perhimpunan  haram untuk menjatuhkan kerajaan  sah yang dipilih melalui pilihan raya  yang adil,&#8221; katanya.<\/p><\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>> Bernama 22\/7\/2011 KOTA BAHARU, 22 Julai (Bernama) &#8212; Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan melaksanakan pemberian skim insurans nyawa untuk penjawat awam yang berkhidmat di agensi penguatkuasaan undang-undang. Presidennya Datuk Omar Osman berkata ini bagi memastikan kebajikan mereka terbela sekiranya mereka ditimpa kemalangan atau mengalami kecederaan ketika menjalankan tugas mereka yang&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_kad_blocks_custom_css":"","_kad_blocks_head_custom_js":"","_kad_blocks_body_custom_js":"","_kad_blocks_footer_custom_js":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-98","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized"],"taxonomy_info":{"category":[{"value":1,"label":"Uncategorized"}]},"featured_image_src_large":false,"author_info":{"display_name":"kesukma","author_link":"https:\/\/www.ukm.my\/kesukma\/author\/kesukma\/"},"comment_info":0,"category_info":[{"term_id":1,"name":"Uncategorized","slug":"uncategorized","term_group":0,"term_taxonomy_id":1,"taxonomy":"category","description":"","parent":0,"count":55,"filter":"raw","cat_ID":1,"category_count":55,"category_description":"","cat_name":"Uncategorized","category_nicename":"uncategorized","category_parent":0}],"tag_info":false,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/kesukma\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/98","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/kesukma\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/kesukma\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/kesukma\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/kesukma\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=98"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/kesukma\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/98\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/kesukma\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=98"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/kesukma\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=98"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/kesukma\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=98"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}