PENANGGUHAN DAN TARIKH BAHARU SESI TAKLIMAT PELAWAAN UNTUK CADANGAN/REQUEST FOR PROPOSAL (RFP) PENGUBAHSUAIAN, NAIK TARAF DAN OPERASI KEDAI CENDERAMATA UKM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

PENANGGUHAN DAN TARIKH BAHARU SESI TAKLIMAT PELAWAAN UNTUK CADANGAN/REQUEST FOR PROPOSAL (RFP) PENGUBAHSUAIAN, NAIK TARAF DAN OPERASI KEDAI CENDERAMATA UKM

Merujuk kepada perkara di atas, sesi taklimat bagi pelawaan untuk cadangan (RFP) Pengubahsuaian, naik taraf dan operasi kedai cenderamata UKM yang telah dijadualkan pada 26 Mac 2021 ini adalah ditunda. Berikut dilampirkan butiran sesi taklimat yang baharu:

Tarikh : 28 April 2021 (Rabu)
Masa : 2.30 Petang
Tempat: Bilik Majlis, Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan

Bagi syarikat yang tidak dapat hadir secara fizikal, taklimat boleh dihadiri secara dalam talian melalui pautan: http://meet.google.com/vmu-vxky-wyh

Bersama-sama ini dilampirkan iklan RFP baharu untuk rujukan dan perhatian pihak tuan/puan. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Khalid Zainudin di talian 03-8921 5025/018-768 4945.

Sehubungan itu juga, pihak tuan/puan yang berminat untuk menghadiri sesi taklimat ini secara fizikal adalah dinasihatkan untuk mengikuti langkah-langkah pencegahan wabak Covid-19 seperti berikut:

1. Sentiasa memakai pelitup muka;
2. Mengamalkan jarak fizikal 1 meter;dan
3. Mengamalkan kebersihan tangan dan diri.

Sekian, terima kasih.

Iklan RFP Kedai Cenderamata UKM April 2021