Perladangan UKM

UKM menawarkan penjagaan dan pengurusan lebih 500 hektar ladang kelapa sawit di Bangi, Teluk Intan dan Kuala Pilah. Perladangan digunakan untuk kedua-dua pendapatan serta penyelidikan dan lokasinya yang strategik digunakan oleh banyak organisasi untuk aktiviti luar mereka.

Khazanah-UKM menguruskan tanaman kelapa sawit di Universiti Kebangsaaan malaysia (UKM) bagi tujuan penjanaan pendapatan dan penyelidikan. Terdapat tiga (3) lokasi ladang kelapa sawit milik UKM:

  1. UKM, Bangi seluas (134 hektar)
  2. Pusat Penyelidikan Biodiesel UKM, Kuala Pilah seluas (36 hektar) dan
  3. UKM, Kampus Teluk Intan (2 hektar)

Ladang tersebut diurus melalui sebutharga yang ditawarkan kepada syarikat kontraktor. Pihak syarikat membantu UKM dalam menguruskan kerja-kerja pertanian seperti berikut:

  1. Menuai Buah Tandan Segar (BTS)
  2. Kerja merumput/meracun
  3. Kerja membaja dan,
  4. Kerja memangkas pelepah

Pada masa kini, Ladang Kelapa Sawit UKM, Bangi juga menjadi tumpuan oleh pihak luar. Antara aktiviti/sukan yang pernah dianjurkan di ladang adalah:

  1. Larian Go Green 10K – anjuran UKM
  2. Larian Bangi Wonderland – anjuran Centrisoh & Bangi Wonderland
  3. Lokasi pengambaran filem – sembil9n
  4. Acara berbasikal MTB SUKIPT – anjuran SUKIPT
  5. Latihan pacuan empat roda 4X4 – NIOSH

Untuk maklumat lanjut mengenai perladangan kami, menempah lawatan atau merancang sesuatu aktiviti, sila hubungi:

  • En. Mohd Hafiz Odin / En. Razif Saidi
  • E-mel: mohdhafizodin@ukm.edu.my
  • Tel: 03 8921 3092/3592