BEGIN:VCALENDAR
VERSION:2.0
PRODID:-//INSTITUT KAJIAN ETNIK • INSTITUTE OF ETHNIC STUDIES - ECPv6.17.2//NONSGML v1.0//EN
CALSCALE:GREGORIAN
METHOD:PUBLISH
X-ORIGINAL-URL:https://www.ukm.my/kita
X-WR-CALDESC:Events for INSTITUT KAJIAN ETNIK • INSTITUTE OF ETHNIC STUDIES
REFRESH-INTERVAL;VALUE=DURATION:PT1H
X-Robots-Tag:noindex
X-PUBLISHED-TTL:PT1H
BEGIN:VTIMEZONE
TZID:Asia/Kuala_Lumpur
BEGIN:STANDARD
TZOFFSETFROM:+0800
TZOFFSETTO:+0800
TZNAME:+08
DTSTART:20250101T000000
END:STANDARD
END:VTIMEZONE
BEGIN:VEVENT
DTSTART;TZID=Asia/Kuala_Lumpur:20260826T100000
DTEND;TZID=Asia/Kuala_Lumpur:20260826T120000
DTSTAMP:20260813T025412Z
CREATED:20260810T074959Z
LAST-MODIFIED:20260813T025412Z
UID:17849-1787738400-1787745600@www.ukm.my
SUMMARY:KITA Discourse Series No. 2/2026: "Adat Bersendi Syarak\, Syarak Bersendi Kitabullah" dan "Syarak Mengato\, Adat Memakai": Studi Kekerabatan Etnolinguistik Dalam Adagium Melayu Jambi-Malaysia
DESCRIPTION:“ADAT BERSENDI SYARAK\, SYARAK BERSENDI KITABULLAH” DAN “SYARAK MENGATO\, ADAT MEMAKAI”: STUDI KEKERABATAN ETNOLINGUISTIK DALAM ADAGIUM MELAYU JAMBI-MALAYSIA\nBy:\nPROF. DR. SUPIAN\, S.AG\, M.AG\nDekan\,\nFakultas Keguruan & Ilmu Pendidikan\,\nUniversitas Jambi\, Indonesia\n26 August 2026 (Wednesday)\n10:00 a.m. – 12:00 p.m.\nKITA Meeting Room\,\nLevel 4\, Administration Building\,\nKolej Keris Mas\, Universiti Kebangsaan Malaysia\,\nBangi\, Selangor\nAbstract\nPenelitian ini bertujuan mengkaji kekerabatan etnolinguistik dalam isi dua adagium Melayu\, yaitu “Adat Bersendi Syarak\, Syarak Bersendi Kitabullah” dan “Syarak Mengato\, Adat Memakai”\, sebagai representasi nilai dasar masyarakat Melayu di Jambi (Indonesia) dan Malaysia. Fokus utama diarahkan pada persamaan kekerabatan kedua adigium ini dalam refleksi dan integrasi antara adat lokal dan nilai-nilai Islam sebagai fondasi etika kolektif\, serta bagaimana keduanya diwariskan\, dimaknai\, dan dilembagakan dalam struktur sosial yang berbeda. Untuk itu\, menggunakan pendekatan kualitatif komparatif berbasis etnolinguistik dan antropologi budaya\, studi ini menelusuri bentuk-bentuk kesamaan konseptual dan praktik antara dua komunitas Melayu yang terpisah secara geografis namun berdekatan secara historis dan kultural. Data dikumpulkun melalui dokumen dan manuskrip sejarah serta buku maupun artikel ilmiah terkait. Data dianalisis melalui tahap reduksi\, penyajian data serta verifikasi berupa keabsahan data berdasarkan audit trail. Hasil penelitian menunjukkan bahwa baik di Jambi maupun di Malaysia\, adagium tersebut bukan hanya menjadi prinsip normatif\, tetapi juga kerangka epistemologis yang menjembatani antara norma keagamaan dan praktik adat. Adagium di Jambi ini memokuskan hakikat hidup dalam tatanan sosial berbasis komunitas\, terutama melalui ritual adat\, hukum waris\, dan musyawarah kampung. Sementara di Malaysia\, adagium yang sama dilembagakan dalam kerangka negara-bangsa melalui pendidikan Islam\, kebijakan kebudayaan\, dan sistem perundang-undangan syariah. Keduanya mengindikasikan pola pewarisan nilai yang serupa\, yaitu penempatan Islam sebagai sumber legitimasi moral yang diterapkan melalui kanal-kanal adat yang kontekstual. Kekerabatan ini menjadikan melayu lintas negara masih memeiliki kesamaan yang kental berbasis keagamaan. Penelitian ini memberikan kontribusi pada pemahaman tentang bagaimana nilai-nilai Islam dan budaya lokal dapat berinteraksi secara harmonis dalam membentuk identitas kolektif. Selain itu\, kajian ini menegaskan bahwa adagium tersebut mengandung filosofi sosial yang kohesif dan bersifat lintas batas\, menjadikannya kunci dalam menelusuri jaringan kekerabatan budaya Melayu di Asia Tenggara. Upaya penelitian ini diharapkan mampu membukakan ruang pemaham baru mengenai relasi Melayu lintas batas negara\, tanpa menutup kemungkinan bagi pembacaan-pembacaan lanjutan yang lebih mendalam dan multidisipliner. \nPresenter’s Profile\nProf. Dr. Supian S.Ag.\, M.Ag. merupakan Profesor dalam bidang Pemikiran Islam di Universitas Jambi\, Indonesia. Beliau kini berkhidmat sebagai Dekan di Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan (FKIP)\, Universitas Jambi. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana daripada IAIN Sulthan Thaha Saifuddin Jambi\, Ijazah Sarjana (M.Ag.) daripada IAIN Syarif Hidayatullah Jakarta\, sebelum menamatkan pengajian Doktor Falsafah (Ph.D.) dalam bidang Pemikiran Islam di Universitas Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah Jakarta. Kepakaran akademik beliau merangkumi pemikiran Islam\, falsafah Islam\, sejarah Melayu\, sejarah Islam\, hukum adat Melayu\, pendidikan Islam\, serta hubungan antara agama\, budaya dan masyarakat Melayu. Beliau turut aktif menjalankan penyelidikan berkaitan budaya serumpun Melayu\, eco-spirituality\, pendidikan agama\, sejarah Melayu Jambi\, masyarakat adat dan pembangunan sahsiah berasaskan nilai-nilai Islam. Sebagai seorang sarjana yang prolifik\, Prof. Dr. Supian telah mengetuai pelbagai projek penyelidikan dan khidmat masyarakat yang dibiayai oleh Universitas Jambi serta agensi-agensi yang berkaitan. Beliau juga telah menghasilkan puluhan artikel ilmiah yang diterbitkan dalam jurnal berwasit di peringkat kebangsaan dan antarabangsa\, termasuk jurnal berindeks Scopus dan SINTA\, selain menulis beberapa buah buku dalam bidang sejarah Melayu\, pemikiran Islam dan pendidikan. Di samping kecemerlangan akademik\, beliau aktif membimbing para mahasiswa melalui pelbagai program kepimpinan\, kebudayaan Melayu\, pembangunan sahsiah dan pengembangan Tilawah al-Quran. Sumbangan beliau dalam memperkukuh hubungan intelektual dan budaya Melayu serantau\, khususnya antara Indonesia dan Malaysia\, menjadikan beliau antara tokoh akademik yang signifikan dalam pengajian Melayu dan pemikiran Islam kontemporari.. \nTentative Programme:\n\nDate: 26 August 2026 (Wednesday)\nTime: 10:00 a.m. – 12:00 p.m.\nVenue: KITA Meeting Room\, Level 4\, Administration Building\, Kolej Keris Mas\, UKM Bangi\nPlatform: Zoom\n\n10:00 a.m. Registration \n10:15 a.m. Introduction & Welcoming Remarks \n10:20 a.m. Presentation by Prof. Dr. Supian \n11:35 a.m. Q & A \n12:00 p.m. Closing \nDisclaimer: The views expressed in the presentation(s) are those of the presenter(s) and do not necessarily represent the views of the Organizers. \nNote: KITA’s involvement in the activities mentioned herein contributes towards the following SDG(s) of the UN Sustainable Development Goals: SDG4\, and SDG17. \nJoin via Zoom \n			\n				\n					\n						\n							\n							Loading...\n						\n					\n					\n						\n							\n							Taking too long?\n						\n						\n							\n								 Reload document							\n							|\n							\n								 Open in new tab							\n					\n				\n			\n		Download [310.93 KB]
URL:https://www.ukm.my/kita/event/swk2026-02/
LOCATION:KITA Meeting Room\, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)\, Bangi\, Selangor\, 43600\, Malaysia
CATEGORIES:KITA Discourse Series
ATTACH;FMTTYPE=image/png:https://www.ukm.my/kita/wp-content/uploads/poster-SWK2026-02-v11082026_web.png
END:VEVENT
BEGIN:VEVENT
DTSTART;TZID=Asia/Kuala_Lumpur:20260827T090000
DTEND;TZID=Asia/Kuala_Lumpur:20260827T130000
DTSTAMP:20260810T091714Z
CREATED:20260810T091714Z
LAST-MODIFIED:20260810T091714Z
UID:17863-1787821200-1787835600@www.ukm.my
SUMMARY:KITA Discourse Series No. 3/2026: Borneo (Sabah): Dimensi Sejarah\, Budaya & Bangsa
DESCRIPTION:BORNEO (SABAH): DIMENSI SEJARAH\, BUDAYA & BANGSA\n27 August 2026 (Thursday)\n9:00 a.m. – 2:00 p.m.\nKITA Meeting Room\,\nLevel 4\, Administration Building\,\nKolej Keris Mas\, Universiti Kebangsaan Malaysia\,\nBangi\, Selangor\nTentative Programme:\n\nDate: 27 August 2026 (Thursday)\nTime: 9:00 a.m. – 2:00 p.m.\nVenue: KITA Meeting Room\, Level 4\, Administration Building\, Kolej Keris Mas\, UKM Bangi\nPlatform: Zoom\n\n8:45 a.m.: Registration \n9:00 a.m.: Introduction & Welcoming Remarks by Distinguished Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin\, KITA Founding Director \n9:10 a.m.: Session 1 \n\nPresentation by Datuk Dr. Hj. Saat Awang Damit\, Lecturer\, Faculty of Social Sciences and Humanities\, Universiti Malaysia Sabah (UMS)\nTitle: Gambus: Instrumen Perpaduan Kumpulan Etnik Brunei Sabah\nModerator: Assoc. Prof. Dr. Zaini Othman\, KITA Deputy Director\nQ & A\n\n10:00 a.m.: Tea Break \n10:10 a.m.: Session 2 \n\nPresentation by Assoc. Prof. Dr. Md. Saffie Abdul Rahman\, Lecturer\, Faculty of Social Sciences and Humanities\, Universiti Malaysia Sabah (UMS)\nTitle: Daripada Memori Perang kepada Integrasi Sosial: Komuniti Jepun dan Masyarakat Tempatan di Sabah\, 1956-1980-an\nModerator: Dr. Nurul Akqmie Badrul Hisham\, KITA Research Fellow\nQ & A\n\n11:00 a.m.: Session 3 \n\nPresentation by Dr. Eko Prayitno Joko\, Lecturer\, Faculty of Social Sciences and Humanities\, Universiti Malaysia Sabah (UMS)\nTitle: Membayangkan Sebuah Bangsa: Pengalaman Sabah\nModerator: Dr. Mohd. Shaiful Ramze Endut\, KITA Research Fellow\nQ & A\n\n11:50 a.m.: Discussion \n12:50 p.m.: Summary of KITA Discourse Series No. 3/2026: Borneo (Sabah) – Dimensi Sejarah\, Budaya & Bangsa by Assoc. Prof. Dr. Zaini Othman\, KITA Deputy Director \n01:00 p.m.: Lunch \n02:00 p.m.: End \nJoin via Zoom \nSession 1:\nGambus: Instrumen Perpaduan Kumpulan Etnik Brunei Sabah\nAbstract: Suku kaum Brunei (etnik Brunei) Sabah adalah penduduk asal Negeri Sabah yang menduduki beberapa daerah di negeri ini sejak awal kurun ke-16 lagi\, walaupun generasi awal nenek moyang mereka berketurunan atau berasal dari Negera Brunei. Keberadaan kaum ini di Sabah lebih ketara ketika pemerintahan Sultan Abdul Mumin terhadap wilayah ini. Sebahagian besar mereka datang bersama rombongan Sultan Abdul Mumin dan mula memajukan berapa kawasan yang strategik di negeri ini. Suku kaum ini juga dikenali sebagai kaum  yang berbudaya kontak tinggi yang mengekalkan cara kehidupan budaya melayu dari segi hidup sopan santun\, menjaga adat resam yang diwarisi dari keturunan keluarga\, adat pantang larang\, tradisi perkahwinan\, sastera masyarakat dan juga  bidang kesenian yang dilihat sebagai kluster  bangsawan. Sejak kewujudan suku kaum ini\, dikatakan selari dengan kemunculan kesenian irama gambus sebagai identiti hiburan mereka. Oleh sebab itulah  suku kaum  brunei bersinonim dengan kesenian warisan gambus dan iramanya. Kaum atau etnik brunei menjadi pengamal bidang kesenian ini yang meletakkan sebahagian kelompok mereka sebagai\, masyarakat yang berbudaya tinggi khususnya sekitar tahun awal 1940-an sehingga akhir 1960-an. Makalah ini meninjau beberapa faktor kesenian gambus sebagai instrument perpaduan kaum Brunei yang dikatakan membentuk budaya tinggi masyarakat dan juga identifikasi perkembangan reka bentuk gambus Brunei sehingga era tahun 2000. Tinjauan ini mengunakan kaedah secara temubual mendalam dengan sembilan (9) responden yang terdiri daripada pengamal kesenian gambus\, pembuat gambus dan juga pewaris keluarga kesenian gambus. Lokasi kajian di daerah Bongawan\, Membakut dan Weston\, di Sabah. Dapatan tinjauan makalah ini  antaranya adalah gambus berperanan dalam pembentukan budaya tinggi\, jatidiri dan menanamkan peradaban bersopan-santun seperti ciri-ciri  moral\, berakhlak dan nilai terpuji disamping itu gambus  juga menjadi medium penghibur-lara yang diselitkan dengan mesej bersifat pengajaran\, adat tradisi dan kehidupan masyarakat dalam bentuk perlambangan dan sindiran melalui irama lagu dan  lirik. Dari aspek reka bentuk gambus Brunei\, ketulenan reka bentuk dan irama masih dipertahankan yang menjadi identiti kesenian kaum Brunei Sabah. \nPresenter’s Profile: Datuk Dr. Hj. Saat Awang Damit berkhidmat sebagai penjawat selama 42 tahun melalui dua organisasi iaitu Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) 1979 -2000 dan jawatan terakhir di RTM adalah sebagai Timbalan Pengarah Penyiaran Negeri Sembilan\, Seremban (1994-2000) sebelum bertukar kerjaya dalam bidang akademik sebagai Pensyarah Kanan (Komunikasi) di Universiti Malaysia Sabah\, UMS (2000-2021). Pengalaman sepanjang perkhidmatan dalam skim Pengurusan dan Profesional beliau telah dilantik sebagai ketua di beberapa bahagian\, jabatan dan program di UMS antaranya Ketua Program Komunikasi selama 6 tahun\, Penyelaras Pengajian Luar Kampus UMS selama 4 tahun\, Ketua Jawatankuasa Integrasi FSSK\, Pengerusi/Ketua Unit Radio UMS selama 3 tahun dan dilantik juga sebagai Jawatankuasa Penyelidikan Utama Majlis Profesor Negera (MPN) bagi Chapter Sabah selama 6 tahun. Beliau juga bergiat dalam NGO yang berkaitan dengan pembangunan Sosio-ekonomi\, Budaya dan kemasyarakatan di Sabah termasuk penglibatan menjalankan penyelidikan. Beliau kini menjadi Pengerusi Ahli Lembaga Koperasi\, Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Bhd. KOPEKS\, (2011-2019) (2022 hingga sekarang). Saya juga dipilih sebagai Jurucakap Kebangsaan ANGKASA wakil Sabah sejak 2022. \nSession 2:\nDaripada Memori Perang kepada Integrasi Sosial: Komuniti Jepun dan Masyarakat Tempatan di Sabah\, 1956–1980-an\nAbstract: Kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua meninggalkan pengalaman dan memori pendudukan yang mempengaruhi hubungan antara masyarakat tempatan dengan orang Jepun di Sabah pada tahun-tahun awal pascaperang. Sekatan terhadap kemasukan orang Jepun serta sentimen anti-Jepun yang masih dapat dikesan pada pertengahan 1950-an memperlihatkan bahawa pemulihan hubungan kedua-dua pihak bukanlah suatu proses yang berlaku secara serta-merta. Namun demikian\, pembukaan semula Sabah kepada kedatangan orang Jepun pada tahun 1956 menandakan permulaan suatu fasa baharu dalam hubungan Jepun–Sabah. Artikel ini bertujuan menganalisis perubahan hubungan antara komuniti Jepun dengan masyarakat tempatan daripada hubungan yang dipengaruhi oleh memori perang kepada penerimaan dan integrasi sosial antara tahun 1956 hingga 1980-an. Secara khusus\, kajian meneliti kesan memori Perang Dunia Kedua terhadap penerimaan awal masyarakat Sabah terhadap orang Jepun\, peranan interaksi politik\, ekonomi dan sosial dalam membentuk semula hubungan kedua-dua pihak\, serta sifat integrasi sosial komuniti Jepun dalam masyarakat Sabah. Kajian ini menggunakan pendekatan sejarah dengan berasaskan sumber primer yang terdiri daripada akhbar sezaman\, dokumen arkib dan sumber lisan. Analisis menunjukkan bahawa hubungan Jepun dan Sabah mengalami perubahan secara berperingkat. Sentimen dan prasangka yang berakar daripada pengalaman perang semakin berkurangan apabila hubungan diplomatik dan ekonomi berkembang\, diikuti peningkatan interaksi melalui perdagangan\, pekerjaan\, sukan\, pelancongan\, persatuan sosial\, pendidikan\, latihan dan kegiatan memperingati mangsa perang. Walau bagaimanapun\, peningkatan interaksi tersebut tidak membawa kepada asimilasi sepenuhnya. Komuniti Jepun masih mengekalkan bahasa\, pendidikan\, pola kehidupan dan identiti sosiobudaya mereka sendiri. Artikel ini berhujah bahawa pengalaman pascaperang di Sabah memperlihatkan suatu bentuk integrasi tanpa asimilasi\, apabila penerimaan dan hubungan rentas etnik berkembang tanpa menghapuskan sempadan identiti komuniti Jepun. Perkembangan tersebut menunjukkan bahawa rekonsiliasi pascaperang di Sabah terbentuk secara beransur-ansur melalui pertemuan antara kepentingan politik dan ekonomi dengan interaksi sosial dalam kehidupan masyarakat. \nPresenter’s Profile: Dr. Md Saffie Abdul Rahim merupakan Profesor Madya dalam Program Sejarah\, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK)\, Universiti Malaysia Sabah (UMS). Bidang kepakaran beliau merangkumi sejarah hubungan sosioekonomi dan politik Borneo dan Jepun sehingga pasca Perang Dunia Kedua. Beliau aktif dalam penyelidikan berkaitan sejarah Borneo Utara/Sabah\, migrasi masyarakat Jepun di Borneo Utara\, sejarah Perang Dunia Kedua serta transformasi sosial\, politik dan ekonomi masyarakat tempatan. Kajian beliau turut memberi tumpuan kepada penggunaan sumber arkib dan pendekatan sejarah dalam memahami perubahan masyarakat serta hubungan serantau. Sebagai ahli akademik\, beliau terlibat dalam aktiviti pengajaran\, penyeliaan penyelidikan dan pembangunan ilmu sejarah melalui penerbitan akademik\, seminar serta penyelidikan yang menyumbang kepada pengembangan bidang sejarah di Malaysia. Penulisan terkini beliau memberi perhatian kepada dimensi sejarah dan geopolitik Borneo Utara/Sabah\, khususnya melalui kajian mengenai Operasi OBOE 6 dan penstrukturan semula geopolitik Sabah pasca Perang Dunia Kedua (1945–1946) yang meneliti perubahan kedudukan strategik Sabah selepas konflik global tersebut. Selain itu\, beliau turut menghasilkan kajian berkaitan imigran Jepun di Borneo Utara sehingga pasca Sabah merdeka dengan menumpukan kepada jaringan sosial\, hubungan antara etnik dan interaksi ekonomi masyarakat kolonial. Penyelidikan ini memperlihatkan bagaimana komuniti Jepun membina hubungan ekonomi dan sosial dengan masyarakat tempatan dalam konteks sejarah kolonial sehingga pasca Perang Dunia Kedua. \nSession 3:\nMembayangkan Sebuah Bangsa: Pengalaman Sabah\nAbstract: Pembinaan negara bangsa di Malaysia sering dibincangkan dalam kerangka nasional yang menekankan integrasi\, perpaduan dan identiti kebangsaan. Walau bagaimanapun\, pengalaman setiap wilayah dalam membayangkan makna sebuah bangsa adalah berbeza khususnya di Sabah yang mempunyai latar sejarah\, kepelbagaian etnik dan pengalaman politik yang tersendiri. Kajian ini bertujuan menganalisis bagaimana masyarakat Sabah membayangkan sebuah bangsa melalui pengalaman sejarah\, pembentukan identiti\, hubungan Persekutuan-Negeri serta perkembangan politik sejak pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Berasaskan teori Imagined Communities oleh Benedict Anderson dan diperkukuh dengan konsep Bangsa Idaman oleh Shamsul Amri\, penulisan ini berhujah bahawa bangsa bukan sekadar entiti politik yang dibentuk oleh sempadan negara atau institusi kerajaan\, sebaliknya merupakan suatu gagasan sosial yang sentiasa dibina\, dirunding dan ditafsir semula mengikut perubahan sejarah dan aspirasi masyarakat. Dalam usaha merealisasikan matlamat tersebut\, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis sejarah terhadap sumber primer seperti dokumen rasmi kerajaan\, laporan kolonial\, surat khabar\, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta sumber sekunder yang merangkumi buku\, artikel ilmiah dan kajian terdahulu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa bayangan bangsa di Sabah terbentuk melalui interaksi antara kepelbagaian etnik\, pengalaman kolonial\, proses pembentukan Malaysia\, tuntutan terhadap MA63 serta perkembangan politik kontemporari yang mengukuhkan identiti Sabahan tanpa menafikan identiti kebangsaan Malaysia. Dalam konteks ini\, pengalaman Sabah memperlihatkan bahawa pembinaan bangsa tidak bersifat homogen atau berpusat semata-mata\, tetapi berkembang melalui proses rundingan yang mengiktiraf kepelbagaian identiti\, sejarah dan autonomi wilayah. Kajian ini seterusnya mencadangkan bahawa pengalaman Sabah menawarkan suatu perspektif alternatif dalam memahami pembinaan negara bangsa Malaysia iaitu sebuah bangsa yang diasaskan kepada pengiktirafan terhadap kepelbagaian\, kesaksamaan hubungan Persekutuan-Negeri serta komitmen bersama terhadap nilai kewarganegaraan dan Perlembagaan. Oleh itu\, pengalaman Sabah bukan sahaja memperkayakan wacana mengenai pembinaan negara bangsa\, malah membuka ruang kepada pembentukan sebuah bangsa Malaysia yang lebih inklusif\, pluralistik dan berteraskan semangat Perjanjian Malaysia 1963. \nPresenter’s Profile: Dr. Eko Prayitno Joko merupakan Pensyarah Kanan di Program Sejarah\, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan\, Universiti Malaysia Sabah (UMS). Beliau giat menjalankan penyelidikan berkenaan sejarah Sabah khususnya yang bersifat ‘sejarah dari bawah’. Sehingga kini\, beliau telah menghasilkan beberapa buku penuh antaranya bertajuk Prof. Emeritus Dr. Sabihah: Sejarawan Wanita Malaysia (2013)\, Kimanis: Negeri Tua Tanah Keramat (2015)\, Pengislaman Dalam Kalangan Dusun Ranau (1940-1976) (2016)\, Gerakan Berpersatuan Bumiputera Islam di Sabah (1938-1963) (2017)\, Historiografi Politik Sabah (2019)\, Politik Bugis di Sabah (2020)\, Tiga Dekad Menjulang Ilmu: Sains Sosial Melalui Lensa Waktu (2024)\, Bangsamoro: Sejarah\, Aspirasi dan Perjuangan (2024) serta Sabah’s Illustrious Civil Servants (2025). Selain itu\, beliau juga aktif terlibat dalam penerbitan buku suntingan bersama saintis sosial dan kemanusiaan lainnya seperti Deskripsi Mengenai Sabah Daripada Pelbagai Perspektif: Esei-Esei Sumbangsih Untuk Sabihah Osman (2018)\, Sabah Dalam Hubungan Malaysia – Indonesia (2019)\, Isu-Isu Perburuhan dan Tenaga Kerja Indonesia di Sabah\, Malaysia (2019)\, Sedekad Seni Merakyat (2021)\, Pada masa sama\, beliau sebenarnya telah menerbitkan beberapa artikel di peringkat nasional serta giat membentangkan penulisannya berkenaan Sabah di peringkat antarabangsa dan nasional. Minat beliau ini menyebabkannya aktif dalam penyelidikan berkaitan Sabah khususnya dalam menampilkan persoalan-persoalan baharu berkenaan sejarah dan masyarakat negeri tersebut. Dari aspek kepakaran beliau adalah mengkhusus kepada bidang sejarah lisan sebagai suatu metodologi dalam disiplin sejarah. \nDisclaimer: The views expressed in the presentation(s) are those of the presenter(s) and do not necessarily represent the views of the Organizers. \nNote: KITA’s involvement in the activities mentioned herein contributes towards the following SDG(s) of the UN Sustainable Development Goals: SDG4\, and SDG17. \n			\n				\n					\n						\n							\n							Loading...\n						\n					\n					\n						\n							\n							Taking too long?\n						\n						\n							\n								 Reload document							\n							|\n							\n								 Open in new tab							\n					\n				\n			\n		Download [367.38 KB]
URL:https://www.ukm.my/kita/event/swk2026-03/
LOCATION:KITA Meeting Room\, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)\, Bangi\, Selangor\, 43600\, Malaysia
CATEGORIES:KITA Discourse Series
ATTACH;FMTTYPE=image/png:https://www.ukm.my/kita/wp-content/uploads/poster-SWK2026-03_web.png
END:VEVENT
END:VCALENDAR