Pelantikan KITA sebagai penganjur bersama Sesi Training of Trainer (ToT) Perdana Kursus Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU), 28 November 2025

Sukacita dimaklumkan bahawa pada 28 November 2025 Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi telah melantik Institut Kajian Etnik (KITA) bersama-sama Pusat Pengajian Citra Universiti (CITRA) di bawah kepimpinan Felo Penyelidik Utama Bersekutu KITA Prof. Dr. Nazri bin Muslim sebagai penganjur bersama Sesi Training of Trainer (TOT) Perdana Kursus Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU) yang dijadualkan berlangsung pada 16 Disember 2025 (Selasa) di Dewan Besar Pusat Kebudayaan & Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM). Pelantikan tersebut adalah selaras dengan kedudukan UKM khususnya KITA sebagai Sekretariat MPU dan peranan utamanya dalam penyelidikan dan penyelarasan pembangunan MPU.

Nota: Aktiviti ini meyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG4 dan SDG17.