INSTITUT KAJIAN ETNIK β€’ 𝘐𝘯𝘴𝘡π˜ͺ𝘡𝘢𝘡𝘦 𝘰𝘧 𝘌𝘡𝘩𝘯π˜ͺ𝘀 𝘚𝘡𝘢π˜₯π˜ͺ𝘦𝘴

 

Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Kolokium Siswazah KITA (Draf Akhir): Nur Azah Razali

January 9, 2020 @ 10:00 am - 12:00 pm

Nama Pelajar: Nur Azah binti Razali (P59313)
Program: Doktor Falsafah (Pengajian Etnik)
Penyelia: Prof. Madya Dr. Kartini Aboo Talib @ Khalid
Tahap Pembentangan: Draf Akhir

Tajuk:
NGO DAN SURVIVAL MELAYU PASCA PRU 2008

Abstrak:

Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki masyarakat yang bersifat heterogeneous yang berbeza etnik, bahasa, agama dan kepercayaan. Di dalam masyarakat sebegini, dapat dilihat bahawa perkiraan etnik menjadi faktor utama kepada perkembangan parti-parti politik, dasar-dasar kerajaan, calon dan pola pengundian serta badan-badan bukan kerajaan (NGOs). Selain itu, komposisi etnik yang pelbagai ini juga telah menyebabkan isu survival etnik menjadi isu yang sering diperkatakan sama ada di media massa mahupun di dalam ucapan ahli-ahli politik terutamanya sebelum dan selepas pilihan raya. Penyelidikan ini adalah berfokus kepada survival Melayu dengan memberi tumpuan kepada peranan dan pengaruh NGO Melayu sebagai reaksi kepada kepersaingan idea menerusi reruang sivil (civil sphere) pasca Pilihan Raya Umum 2008 (PRU 2008). Persaingan idea ini memperlihatkan perdebatan berkaitan status quo orang Melayu, ketuanan Melayu, isu-isu universal seperti persamaan hak, demokrasi dan partisipasi yang dilihat sebagai ancaman kepada etnik Melayu. Era pasca PRU 2008 ini juga menyaksikan wujudnya pergolakan baru di dalam reruang sivil negara apabila wujud kumpulan NGO-NGO Ultra-Melayu yang lantang mempertahankan survival Melayu sehingga dituduh sebagai rasis oleh sesetengah ultra-pluralis. Terdapat empat objektif di dalam kajian ini iaitu untuk membincangkan perkembangan NGO Melayu, menganalisis peranan NGO di dalam mempertahankan survival Melayu, membincangkan impak PRU 2008 terhadap survival masyarakat Melayu dan menganalisis fenomena ini terhadap lanskap masyakat sivil di Malaysia. Konsep yang digunakan untuk mengupas permasalah kajian ialah menggunakan konsep masyarakat sivil, NGO, pembinaan bangsa dan masyarakat majmuk. Seramai tujuh pemimpin NGO Melayu telah dipilih menggunakan kaedah persempelan snowball untuk ditemu bual. Metodologi kajian pula menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual secara mendalam dengan menggunakan soal selidik berbentuk semi struktur. Bagi data temu bual, teknik analisis tematik digunakan untuk memaparkan hasil data primer serta mengupas peranan NGO di dalam memperjuangkan survival Melayu pasca PRU 2008. Hasil kajian mendapati bahawa kesemua reponden utama mempertahankan survival Melayu melalui cabang NGO masing-masing seperti dalam bidang pendidikan, belia, sejarah, eonomi dan sebagainya. Selain itu, didapati juga persaingan idea di dalam bentuk reruang sivil semakin melebar terutamanya selepas pengunduran Tun Mahathir; dimana runtuhnya tembok authoritarian di Malaysia dan ditambah dengan gaya pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi yang lebih liberal. Hal ini kerana kewujudan NGO Melayu yang lantang bersuara tentang kepentingan Melayu pasca PRU 2008 adalah NGO reaktor Melayu yang bergantung pada coverage yang diberikan oleh parti pemerintah dan gaya pemimpin yang memerintah. Kajian ini juga mendapati bahawa NGO Melayu memainkan peranan penting di dalam memperjuangkan survival Melayu terutamanya pasca PRU 2008 apabila parti dominan Melayu iaitu UMNO dilihat tidak dapat mempertahankan lagi survival Melayu dan menyerahkan isu ini kepada NGO. Maka, didapati bahawa survival Melayu memerlukan kerjasama dari pelbagai pihak seperti NGO Melayu, parti-parti politik Melayu, instutusi-institusi Melayu dan individu Melayu itu sendiri tanpa sebarang kepentingan peribadi mahupun organisasi tetapi demi masa hadapan Melayu.

Loader Loading...
EAD Logo Taking too long?

Reload Reload document
| Open Open in new tab

Download [49.26 KB]

Details

Date:
January 9, 2020
Time:
10:00 am - 12:00 pm
Event Category:
Event Tags:
, ,

Venue

KITA Meeting Room
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Bangi, Selangor 43600 Malaysia
Phone
+603-89214641

Organiser

Institute of Ethnic Studies (KITA)
Phone
+60389214641
View Organiser Website