Bengkel Penyelidikan RERE6014 (1): Kualitatif, 1 November 2025

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Kajian Etnik (KITA) melalui Kursus RERE6014 Kaedah Penyelidikan (Kajian Etnik) akan mengadakan satu bengkel dengan perincian berikut:
Program: Bengkel Penyelidikan RERE6014 (1): Kualitatif
Tarikh: 1 November 2025 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi – 4.30 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat KITA, Aras 4 Blok Pentadbiran Kolej Keris Mas
Bengkel ini akan dijalankan dalam Bahasa Malaysia dan terbuka kepada semua pelajar KITA (tempat adalah terhad).
Pendaftaran penyertaan boleh dilakukan di pautan berikut: https://forms.gle/VXeSLF4Ah6ScpP2x7
Nota: Aktiviti ini menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG4.