Bengkel Kecerdasan Buatan (AI) Untuk Pejabat KITA, 28 November 2025

Program Bengkel Kecerdasan Buatan (AI) Untuk Pejabat KITA telah dijalankan dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari di Bilik Mesyuarat KITA hari ini, 28 November 2025 (Jumaat). Dikendalikan oleh Felo Penyelidik Kanan KITA Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Sobhi Ishak, bengkel tersebut merupakan inisiatif beliau untuk mendedah dan memandu penggunaan kecerdasan buatan (artificial intelligence, AI) dalam urusan-urusan pejabat di KITA dengan penekanan kepada faktor-faktor keselamatan data peribadi dan penggunaan templat mengikut amalan UKM. Bengkel tersebut telah dihadiri oleh warga kerja KITA yang terlibat secara langsung dalam urusan pentadbiran dan sokongan.
Nota: Aktiviti ini menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG4 dan SDG9.

