Kunjungan Hormat ke Kementerian Perpaduan Negara, 23 April 2025
Pada 23 April 2025 (Rabu) Pengarah Pengasas KITA Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin telah melakukan kunjungan hormat ke Kementerian Perpaduan Negara (KPN) bagi memenuhi undangan Ketua Setiausaha KPN YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi. Sesi pertemuan yang berlangsung di Pejabat KSU KPN antara lain membincang dan meneliti ruang penambahbaikan dalam pelaksanaan dasar serta inisiatif pemerkasaan komuniti di bawah agenda perpaduan negara. Semoga hasil perbincangan ini dapat menyumbang ke arah pembangunan masyarakat Malaysia yang lebih inklusif, harmoni dan bersatu padu.
Nota: Aktiviti ini meyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG16 dan SDG17.