Pelantikan sebagai Pakar Rujuk dan Ketua Pasukan Penganalisisan Data Kajian Pengukuran Indeks Perpaduan di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2024, 22 Januari 2024

Seluruh warga KITA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Felo Penyelidik Kanan KITA Prof. Madya Ts. Dr. Mohd. Sobhi Ishak atas pelantikan sebagai Pakar Rujuk dan Ketua Pasukan Penganalisisan Data bagi Kajian Pengukuran Indeks Perpaduan di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2024 di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Pelantikan berkuatkuasa mulai 22 Januari 2024.

Semoga Prof. Madya Ts. Dr. Mohd. Sobhi terus cemerlang menyumbangkan kepakaran demi masyarakat dan negara.