Penubuhan Kumpulan Penyelidikan Universiti (KPU) Perpaduan@Malaysia (Unity@Malaysia), 21 Januari 2025
Seluruh warga KITA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat Felo Penyelidik Kanan KITA Prof Madya Ts. Dr. Mohd Sobhi Ishak atas kejayaan penubuhan Kumpulan Penyelidikan Universiti (KPU) Perpaduan@Malaysia (Unity@Malaysia) sepertimana yang disahkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Penyelidikan dan Penerbitan (JKP&P) UKM Bil. 5/2024 bertarikh 18 Disember 2024.
Senarai ahli KPU yang terlibat adalah seperti berikut:
- Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin
- Prof. Dr. Kartini Aboo Talib @ Khalid
- Prof. Dr. Nazri Muslim
- Dr. Wan Haslan Khairuddin
- Dr. Wandeep Kaur A/P Ratan Singh
- Dr. Nurul Akqmie Badrul Hisham
- Dr. Chan Suet Kay
Semoga Prof. Madya Dr. Sobhi dan KPU ini dapat mengoptimumkan potensi kepakaran universiti dalam menyumbang kepada masyarakat dan negara.
Nota: Aktiviti ini meyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG4, SDG16 dan SDG17.