Pertukaran Timbalan Pengarah KITA, 2 Mac 2026


Seluruh warga Institut Kajian Etnik (KITA) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat Felo Penyelidik Utama Prof. Dr. Kartini Aboo Talib @ Khalid atas khidmat dan sumbangan selaku Timbalan Pengarah KITA dari 15 Januari 2015 hingga 14 Januari 2026. Prof. Dr. Kartini selanjutnya akan meneruskan khidmat sebagai penyandang Kursi Pengajian Malaysia di Victoria University of Wellington, New Zealand.
Sekaligus, setinggi-tinggi tahniah dan selamat menjalankan amanah buat Felo Penyelidik Kanan KITA Prof. Madya Dr. Zaini Othman atas pelantikan selaku Timbalan Pengarah KITA baharu untuk tempoh tiga tahun mulai 2 Mac 2026.
Semoga Prof. Dr. Kartini dan Prof. Madya Dr. Zaini terus cemerlang menyumbang khidmat dan bakti kepada KITA-UKM, masyarakat dan negara.
Nota: Aktiviti ini menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG4 dan SDG16.