Sekalung Penghargaan: En. Mohd Faris Ngadinin @ Adinin, 30 November 2025

Seluruh warga KITA-UKM ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan buat Ketua Penolong Pendaftar Kanan KITA En. Mohd Faris Ngadinin @ Adinin atas segala perkhidmatan cemerlang dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di KITA-UKM selaku Ketua Pentadbiran dari 17 Januari 2022 hingga 30 November 2025, yang akan bertukar ke Bahagian Sumber Manusia (BSM), Jabatan Pendaftar UKM mulai 1 Disember 2025. Semoga beliau akan meneruskan perkhidmatan yang cemerlang di tempat baharu dan selamat maju jaya.