Selamat Datang Pn. Nor Eloni Nor Azmi, 1 Disember 2025

Seluruh warga KITA-UKM mengucapkan salam perkenalan, selamat datang dan selamat bertugas buat Pn. Nor Eloni Nor Azmi, Ketua Penolong Pendaftar selaku Ketua Pentadbiran KITA yang baharu, berkuatkuasa mulai 1 Disember 2025. Semoga pengalaman luas dan kepakaran tadbir-urus Pn. Eloni akan dapat membantu KITA meneruskan kecemerlangan sebagai satu-satunya institusi penyelidikan di Malaysia yang sepenuhnya memfokuskan kajian terhadap etnik dan etnisiti.

Nota: Aktiviti ini meyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG4, SDG8 dan SDG16.