Pendaftaran Pelajar bagi Sem. 1, Sesi 2020/2021

Salam dari Universiti kebangsaan Malaysia!

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa sesi pembelajaran bagi Semester 1 sesi 2020-2021 akan bermula pada 12 Oktober 2020. Pelajar diminta mengambil perhatian terhadap perkara-perkara berikut;

  • Pelajar hendaklah membuat pendaftaran kursus/tesis/disertasi secara dalam talian di laman https://smp.ukm.my mulai 12 – 25 Oktober 2020
  • Pelajar hendaklah menjelaskan yuran pengajian sebelum tarikh pendaftaran. Kemaskini pembayaran adalah dalam tempoh 3 hari bekerja.
  • Sebarang pertanyaan mengenai yuran dan perubahan akaun pelajar, hendaklah dimajukan kepada Unit Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari UKM (ukpbendahari@ukm.edu.my).
  • Sebagai peringatan, pembayaran yuran pengajian tidak bermaksud pendaftaran semester telah dilakukan secara automatik, sebaliknya adalah tanggungjawab pelajar untuk membuat pendaftaran kursus/tesis/disertasi di https://smp.ukm.my dalam tempoh masa yang ditetapkan.
  • Sila semak dan kemaskini maklumat diri di SMPweb dan sekiranya terdapat sebarang perubahan yang tidak boleh dikemaskini sila hubungi Pusat Pengurusan Akademik atau hantar email akad@ukm.edu.my.

Berikut adalah tarikh-tarikh penting untuk perhatian:

Kalendar Akademik Sem. 1 Sesi 2020/2021

Sumber: E-mel Penolong Pendaftar Kanan KITA, 7 September 2020