POLITIK, PILIHANRAYA DAN MAHASISWA
Oleh Anuar Ahmad
Ada yang memanggilnya Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), ada pula yang memanggilnya pilihanraya kampus. Apapun, keduanya masih merupakan aktiviti yang sama. Pada Khamis lepas telah berlangsung acara ini di UKM. Sebenarnya, piliharaya kampus bermula sebagai satu pendidikan politik. Tujuan itu kekal sehingga ke hari ini. Matlamatnya untuk memberikan pengalaman dan pengetahuan berkaitan politik, demokrasi dan proses penglibatan individu melalui amalan pengundian. Melalui acara ini mahasiswa akan mengenali apa itu calon, pencadang, penyokong, kertas undi, kempen, wang deposit pencalonan, bantahan, pengiraan undi dan sebagainya. <lanjut>
“SAYA PERLU MENJADI DIRI SAYA” – Ain Saliha
Nama Nur Ain Saliha sudah tidak asing lagi di Kolej Ibu Zain (KIZ) UKM. Seorang yang pemalu dan berusaha membangunkan dirinya dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan olehnya. Potensi kepimpinan yang beliau ada membuatkan beliau terpilih menjadi seorang pemimpin pelajar di dalam Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) di KIZ dan juga Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi akademik 2015/2016. <Lanjut>
PROGRAM EKORELAWAN UKM (LMCP1522) KERJASAMA KIZ-LESTARI UKM POPULAR
oleh Nik Mohd Noor Faizul Md Saad
Sejak penawarannya pada semester 2 sesi akademik 2015/2016, Kursus CITRA LMCP1522 iaitu Penjelajahan Ekosistem Alam Sekitar terus mendapat sambutan di luar dugaan. LMCP1522 yang diuruskan bersama Kolej Ibu Zain dan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) UKM dibawah payung Ekorelawan UKM ini terus diburu pelajar-pelajar prasiswazah bagi melengkapkan kursus citra mereka sepanjang pengajian di UKM. LMCP1522 merupakan kursus citra pertama yang diluluskan oleh Pusat CITRA Universiti dalam kalangan kursus-kursus citra yang ditawarkan oleh kolej-kolej kediaman UKM. <Lanjut>
KIZ TERUSKAN AGENDA PEMBANGUNAN KERJAYA PELAJAR
Oleh Ong Chang Ee
Kebolehpasaran graduan sesebuah universiti sentiasa menjadi kayu ukur kepada masyarakat luar bagi menunjukkan sejauh mana prestasi sesebuah universiti. Apabila tahap kebolehpasaran graduan tinggi, maka universiti tersebut dikatakan dapat menghasilkan graduan yang memenuhi kehendak pasaran kerja. Graduan yang dicari oleh bakal-bakal majikan atau organisasi luar bukan sahaja perlu cemerlang dalam akademik malah juga perlu memiliki kemahiran insaniah yang baik. <Lanjut>
UPM MENJADIKAN KIZ SEBAGAI UKURTARA KOLEJ KEDIAMAN

Pada Mei 2016 yang lalu Kolej Ibu Zain (KIZ) menerima lawatan ukurtara dari Kolej Perkasa, Univeriti Malaysia Sabah (UMS) manakala pada 19 September yang lalu Universiti Putra Malaysia(UPM) melalui Kolej Kediaman ke-5 datang membuat lawatan ukurtara <Lanjut>
PROGRAM “YOU ARE THE ONE” MERINTIS PEMBANGUNAN PAYUNG MERAH

Tahun 2015 Kolej Ibu Zain (KIZ) UKM memulakan aktiviti menawarkan pelbagai program pembangunan pelajar melalui penganjuran projek-projek pelajar dalam bentuk menawarkan tender. Pada tahun 2016, KIZ telah melaksanakan perkara yang sama melalui platform “You Are The One”. Tujuan program ini diadakan adalah untuk pelajar memilih projek apakah yang mereka ingin sertai di KIZ <Lanjut>
————————————
Editor:
Nik Mohd Noor Faizul Md Saad,
Timbalan Pengetua KIZ
Penolong Editor:
Mohd Azriezul Roslan
Eksekutif Penerbitan dan ICT
Majlis Eksekutif Pelajar KIZ
Kolej Ibu Zain
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor
Tel: 03-89214149
Faks: 0389215600
www.ukm.my/kiz KIZ Official ukmkolejibuzain
—————————————————————————————————
Buletin atas talian ini diterbitkan secara berkala mengikut isu.
Sekiranya Tuan/Puan ingin menghentikan penerimaan buletin ini,mohon emel kepada nikfaizul@ukm.edu.my dengan tajuk “mohon hentikan penghantaran buletin Teraju KIZ”